
Selain hadir dengan 98% gamut warna DCI-P3, Huawei turut menyatakan fungsi HDR yang terdapat pada TV ini mampu menyokong kecerahan puncak sehingga 1,000 nit. Menurut syarikat itu, ia merupakan paparan terbesar didunia yang ada di pasaran ketika ini yang melepasi sijil German TUV Rheinland.

Dijana cip Honghu 898, Vision X65 secara khusus dioptimakan untuk skrin OLED bagi meningkatkan kualiti imej dengan menggunakan algoritma AI. Melengkapkan lagi TV ini adalah sokongan 14 pembesar suara yang menghasilkan sehingga 75W.

Huawei turut memperkenalkan kamera pop-up pada Vision X65 yang boleh digunakan untuk panggilan video. Ia mempunyai kamera sudut luas 24MP yang dikuasakan oleh cip HiSilicon Hi83559c, yang mempunyai sokongan AI.

Melalui fungsi AI yang dapat mengesan pergerakan manusia, ia membolehkan anda menggunakan gerakan (gesture) untuk kawalan audio dan video.
Hadir dengan 6GB RAM dan storan 128GB, TV ini dijual pada harga 24,999 yuan (~RM7,800). Tiada maklumat lanjut didedahkan jika Vision X65 akan dilancarkan secara global kelak.
Sumber: GSM Arena
Berkaitan
- Huawei Dilapor Membangunkan Sistem Pengecaman Wajah Untuk Mengesan Etnik Uyghur
- Huawei Dilapor Akan Kembali Ke Pasaran Telefon 5G Menjelang Akhir Tahun Ini
- HUAWEI Tawar Jualan Serendah RM88 Sempena Ulangtahun Lazada
- Huawei P40 Pro+ Akan Dijual Secara Rasmi 26 Jun Ini, Ditawarkan Berharga RM4,999
- CEO: Beberapa Syarikat Di China Berterusan Tiru Paten Huawei Tanpa Sebarang Bayaran
- Amerika Syarikat Perketat Halangan Untuk Huawei Terima Akses Teknologi Dan Cip Pemproses
- HUAWEI Online Store Raikan Ulang Tahun Ke-6 Dengan Tawaran Serendah RM0.60
- Kerajaan A.S Mungkin Akan Memberi Tekanan Kepada Korea Selatan Untuk Menyekat Teknologi 5G Huawei
- Huawei Sahkan Penjualan Honor Kepada Zhixin New Information Technology
- Harga Jualan Huawei Mate40 Pro Di Malaysia Adalah RM4299, Boleh Dibeli Mulai 12 Disember