Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Lancar AI Lab Pertama Di Luar China Di TRX Kuala Lumpur

Huawei Lancar AI Lab Pertama Di Luar China Di TRX Kuala Lumpur

Diterbitkan April 30, 2026 oleh Amsyar Latif

Huawei Technologies (Malaysia) baru-baru ini telah melancarkan AI Lab and Innovation Centre pertamanya di luar China, bertempat di The Exchange 106 @ TRX.

Pusat ini akan berfungsi sebagai hab AI serantau bagi seluruh Asia-Pasifik dan menjadi AI-enabled industrial incubation base pertama Huawei di Malaysia.

Huawei memilih Malaysia kerana potensinya sebagai hab digital utama di ASEAN.

Pusat baharu ini akan memfokuskan kepada pembangunan teknologi AI, transformasi digital serta transformasi tenaga. Ia juga akan digunakan untuk melatih bakat tempatan dalam bidang kecerdasan buatan dan memupuk kerjasama dengan kerajaan, industri serta universiti.

Kerajaan Malaysia pula melihat inisiatif ini sebagai peluang untuk negara bukan sahaja menggunakan teknologi AI, tetapi turut terlibat dalam pembangunan dan tata kelola AI.

Langkah Huawei ini dijangka dapat memperkukuhkan ekosistem teknologi di Malaysia dan menjadi platform inkubasi bagi syarikat-syarikat tempatan.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China - Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro
  • Sokongan Aplikasi Time Di Huawei AppGallery Dihentikan Bermula 25 April

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
©2026 WISER.MY