Huawei Kini Berada Dalam Senarai 10 Jenama Utama YouGov BrandIndex

Huawei merupakan jenama telefon pintar yang tidak asing lagi di Malaysia. Pada ketika ini Huawei merupakan pengeluar ke-2 terbesar di Malaysia. Hari ini Huawei sekali lagi berjaya menambah satu lagi pencapaian yang memberangsangkan dalam portfolio mereka.

YouGov BrandIndex, merupakan satu badan yang mengukur kecemerlangan sesebuah jenama di beberapa negara. Apa yang membuatkan BrandIndex boleh dipercayai adalah kerana mereka menggunakan sepenuhnya data dan maklum balas terus daripada pengguna

YouGov BrandIndex telah menempatkan Huawei di antara sepuluh jenama utama di dalam carta Kedudukan Tertinggi Advokasi Malaysia 2017, dengan skor keseluruhan 68.2.

Bill Liu, Pengarah Negara Bahagian Bisnes Huawei Malaysia berkata, "Ini merupakan pengiktirafan yang amat besar kami terima dari rakyat Malaysia. Huawei teruja untuk disenaraikan sebagai tempat ke-enam dalam carta Kedudukan Advokasi Tertinggi di Malaysia, yang menyerlahkan berapa banyak jenama yang disukai oleh para pelanggan kami. Inilah sebab kami bekerja keras dan kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pengguna Malaysia kepada kami.”


"Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang telah bersama kami sepanjang perjalanan ini. Kami akan terus membawa peranti dan perkhidmatan cemerlang yang akan meningkatkan kualiti kehidupan dan mencipta pengalaman yang bermakna bagi semua." katanya.



Huawei merekodkan peningkatan yang paling tinggi dalam kalangan sepuluh jenama utama, dengan jumlah 20.6 perubahan dalam skor. Ini adalah peningkatan eksponen dari skor 2016, 47.6 ke skor 68.2 tahun2017. Berdasarkan carta ini, Huawei telah mendahului jenama antarabangsa lain seperti Facebook, Nivea dan Prudential, antara yang lain-lain.



Tinjauan ini dijalankan oleh YouGov BrandIndex dengan lebih daripada 500 responden, yang terdiri daripada pelanggan semasa dan bekas pelanggan HUAWEI. Responden telah ditanya "Adakah anda mengesyorkan jenama itu kepada rakan atau rakan sekerja?" dan "Adakah anda memberitahu rakan atau rakan sekerja untuk mengelakkan jenama?" untuk 258 jenama, dari tempoh antara 1 November 2016 dan 31 Oktober 2017. Semua jenama telah dikesan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam tempoh tinjauan.


Sumber: http://www.brandindex.com/ranking/malaysia/2017-advocacy