Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI FreeBuds SE 2

HUAWEI FreeBuds SE 2 Dilancar, Lebih Ringan, Kompak Dan Bateri Tahan Sehingga 40 Jam

Diterbitkan Ogos 24, 2023 · Dikemas kini Ogos 24, 2023 oleh ariff bukhari

Huawei hari ini dengan rasminya melancarkan peranti audio fon telinga True Wireless Stereo (TWS) terbaru, HUAWEI FreeBuds SE 2.

Huawei berkata, mereka menambah baik rekaan TWS terbaru ini di mana ia lebih ringan dan kecil saiznya berbanding model sebelumnya. Malah ia juga lebih selesa dipakai ditelinga.

Fon telinga ini kini hanya seberat 3.8 g yang berukuran 33.66 mm x 17.83 mm x 18.13 mm sekaligus menjadikannya sangat ringan.

Manakala berat sarung pengecasnya pula hanyalah seberat 33 g sahaja yang berukuran 50.40 mm x 50.31 mm x 23.40 mm.

Selain reka bentuk ditambah baik, bateri TWS ini juga kini mampu beroperasi sehingga 40 jam lamanya apabila dicas beberapa kali dengan bekas pengecasan yang dicas penuh.

Huawei menyatakan, dengan satu cas penuh, fon telinga ini memberikan 9 jam muzik berterusan. Malah dengan hanya cas selama 10 minit sahaja, pengguna boleh menikmati 3 jam muzik dimainkan.

HUAWEI FreeBuds SE 2
HUAWEI FreeBuds SE 2 akan dirawakan pilihan warna Ceramic White dan Isle Blue.
HUAWEI FreeBuds SE 2

Sempena pelancarannya, Huawei kini menawarkan baucar bernilai RM10 kepada pembeli awal FreeBuds SE 2.

Baucar itu boleh ditebus di kedai rasminya iaitu di Laman Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee dan Gedung Utama HUAWEI di Lazada mulai 25 Ogos 2023 dan seterusnya.

Baucar itu boleh ditebus dan menggunakannya dari 1 September 2023 hingga 15 September 2023 untuk dapatkan harga diskaun.

Huawei dalam kenyataan medianya tidak menyebut harga jualan bagi TWS ini, tetapi berdasarkan semakan di laman rasmi Huawei Malaysia, ia memaparkan FreeBuds SE 2 berharga RM199.

Berkaitan

  • Ini Adalah Fon Telinga TWS Terbaik Dalam Anugerah EISA 2022-2023
  • (Ulasan) Samsung Galaxy Buds2 Pro - Harga Kena Dengan Kualiti Yang Syahdu
  • Ini Bukan Bahan Jenaka Tapi Memang Betul, Razer Keluarkan Pencukur Edisi Terhad

Sumber: Siaran media Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY