Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Bukan Bahan Jenaka Tapi Memang Betul, Razer Keluarkan Pencukur Edisi Terhad

Ini Bukan Bahan Jenaka Tapi Memang Betul, Razer Keluarkan Pencukur Edisi Terhad

Diterbitkan Ogos 23, 2023 · Dikemas kini Ogos 23, 2023 oleh ariff bukhari

Ini bukan “cobaan” tapi betul-betul, pengeluar aksesori dan produk komputer terkemuka, Razer mengeluarkan alat pencukur edisi terhad yang dikenali sebagai GilletteLabs RAZER Limited Edition.

Ia adalah hasil daripada kolaborasi antara Razer dengan Gillette.

Alat pencukur Razer ini dihiasi dengan logo ikonik Razer iaitu ular berkepala 3 dan tanda dagangan hijau asid.

Razer menyatakan, dengan tumpuan pada kualiti dan prestasi, ini adalah pencukur terbaik yang boleh diperolehi pemain.

razor razer

Razer dalam satu kenyataan berkata, komuniti mereka adalah pemberi inspirasi daripada konsep April Fools dengan menjadikannya kepada realiti.

Jika anda masih ingat, Razer pernah menghasilkan video pendek bertajuk Razer Razer sebagai jenaka April Fools.

GilletteLabs RAZER Limited Edition akan dijual diseluruh dunia pada penghujung Ogos ini dalam 2 varian iaitu alat pencukur tersebut bersama kit kembara Razer dan tanpa kit kembara.

Berkaitan

  • Pelitup Muka Razer Jadi Kenyataan, Dijual Dalam Kuantiti Terhad
  • "Jangan Pukul Orang Guna Pelapik Tetikus Gaming Kami" - Razer
  • Sambar 'Laptop' MSI Modern 14 Pada Harga RM1,899 Sahaja Sabtu Ini

Sumber: Razer, Gillette

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY