(Ulasan) Samsung Galaxy Buds2 Pro - Harga Kena Dengan Kualiti Yang Syahdu

Samsung Galaxy Buds2 Pro adalah pengganti bagi fon telinga generasi pertama daripada Samsung yang padat dengan kualiti suara berbanding versi bukan 'Pro'.

{suggest}

Samsung Galaxy Buds2 Pro mempunyai kualiti suara 24-bit Hi-Fi, sokongan bluetooh 5.3, pengiktirafan kalis air IPX7 dan hadir dalam rekaan ergonomik yang muat dalam bentuk telinga pemakainya.

Rekaan


(lebih ergonomik dan premium)

Fon telinga daripada Samsung ini mempunyai rekaan yang ringkas tetapi mempunyai unsur premium padanya. Semua itu dapat direalisasikan melalui tekstur matte pada permukaannya.



 

Warna Bora Purple itu juga menambahkan rasa premium pada kemasan yang ada pada fon telinga ini. Hanya sekadar memegang bekasnya juga sudah rasa akan kualiti yang ada dalam binaannya.

Selain itu, Samsung melakukan kerja yang sangat baik dek kerana mendatangkan fon telinga ini dalam rekaan yang cukup baik.



Fon telinga ini sememangnya tepat, muat dan selesa apabila saya memakainya ditelinga. Selain itu, putik yang ada padanya cukup lembut dan tidak mendapatkan sebarang ketidakselesaan mahupun kegatalan ketika saya memakainya.



Cukup dengan rekaannya, jom kita lihat kualiti yang ditawarkan fon telinga Samsung Galaxy Buds2 Pro ini.

Kualiti Audio


(kualiti sangat berbaloi dengan harganya)

Yang membezakan fon telinga ini dengan versi bukan 'Pro' adalah kualiti suara 24-bit Hi-Fi yang ada padanya. Dan sejujurnya, kualiti yang diberikan memang premium dan hebat.

Apabila kita memakainya, secara automatik fon telinga ini akan mengaktifkan ciri PNC (Passive Noise Cancellation) nya.

Ciri ini secara ringkasnya bermaksud kita tidak atau kurang mendengar suara sekeliling kita apabila memakainya tetapi muzik atau audio belum dimainkan lagi.

Menariknya lagi, suara sekeliling itu hilang dan tidak kedengaran sepenuhnya apabila musik dan audio dimainkan fon telinga ini.

Saya berpendapat Samsung benar-benar menitikberatkan rekaan fizikal TWS ini supaya dapat menyekat bunyi dan suara luar apabila dipakai walaupun audio belum dimainkan lagi.

Selain itu, kualiti audio yang diberikan juga adalah salah satu faktor utama saya sangat selesa dan suka akan TWS ini. Apabila saya menggunakannya, sebarang musik, audio, lagu, dan suara kedengaran lebih terserlah, menyeluruh dan dan mengasyikkan.



Izinkan saya memberikan contoh melalui lagu Mary On A Cross (Live In Tampa 2022) daripada kumpulan Ghost ini:

https://www.youtube.com/watch?v=NmxFxBiCrL4

Kualiti audio dan muzik diberikan seolah-olah saya berada dalam konsert dalam video itu sendiri. Apakah yang menentukan kualiti TWS itu melainkan ia mampu memberi pengalaman seolah-olah kita berada dalam sesebuah konsert lagu itu.

Setiap rentak kedengaran dengan jelas, setiap liriknya dapat dirasai dengan jelas dan kualiti audionya seolah-olah memberi debaran pada jantung.



Dan kata mudah, audio ruangan daripada ciri 360 Audio dalam TWS ini begitu baik hingga pemakainya begitu imersif dalam setiap muzik yang didengari.

Tambahan lagi, saya juga berpendapat bahawa audio yang ditawarkan TWS ini bukan setaraf tetapi agak lebih baik berbanding kebanyakan fon telinga yang ada di pasaran.

https://www.youtube.com/watch?v=Cl5Vkd4N03Q

Melalui video ini, Buds2 Pro memberikan saya pengalaman dan perasaan audio yang lebih hebat lagi. Hal ini demikian kerana bass yang saya rasa lebih mengasyikkan, audio lebih menyeluruh dan akan membuatkan kepala ini lebih 'layan'.

Lagu After Dark itu tidak dinafikan sebagai salah satu musik yang sangat sedap untuk didengari. Tetapi ia tidak dapat dibandingkan dan terasa lebih baik lagi jika kita mendengarnya daripada Samsung Buds2 Pro ini.

Kesimpulan

(TWS Terbaik di bawah harga RM1,000)

Samsung Galaxy Buds2 Pro

Samsung Buds2 Pro bukan sahaja pengganti berbanding tetapi lebih baik dalam segala aspek pendahulunya. Kualiti yang diberikan sangat baik, benar dan luar jangkaan penggunanya.

Tambahan lagi, kependaman padanya juga sangat rendah seolah-olah si pengguna tidak sedar langsung akan perkara itu.

Selain memberi kualiti yang tidak boleh dinafikan pada segmen muzik, Buds2 Pro juga tidak kurang hebatnya ketika digunakan untuk menonton filem atau drama mahupun bermain games.

Pada pendapat saya , TWS ini mempunyai kualiti audio yang lebih baik berbanding Apple Airpods dari segi audio ruangan, kejelasan, imersif dan lain-lain.

Jika pembaca ada niat untuk membeli TWS ini, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengikuti hasrat tersebut. Apa yang ditawarkan TWS ini dan kualiti yang bakal anda rasai sangat berbaloi dengan harga jualannya.

Saya akhiri ulasan ini dengan satu kenyataan bahawa Samsung Galaxy Buds2 Pro adalah TWS terbaik yang boleh anda beli pada segmen harga bawah RM1,000.

Bagi pembaca yang beminat, TWS ini dijual pada tanda harga rasmi RM899 sahaja dan boleh dibeli melalui pautan di bawah ini:

Beli di Shopee: https://shope.ee/5AI9RV7xdA