Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HarmonyOS NEXT_

HarmonyOS NEXT Dilapor Tidak Lagi Sokong Aplikasi Android

Diterbitkan November 14, 2023 · Dikemas kini November 14, 2023 oleh Amalina Athman

Sebelum sekatan perdagangan Amerika Syarikat pada 2019, Huawei merupakan salah satu pengeluar telefon Android terbesar, serta mempunyai rekod jualan yang tinggi di pasaran China dan global. Namun, semuanya berubah sejak sekatan itu, yang menyebabkan Google mengalih keluar Play Store daripada peranti Huawei.

Ia memberi tamparan hebat buat Huawei, sehingga membawa kepada penurunan angka jualan dan memaksa syarikat itu menghasilkan gedung aplikasi altenatif untuk peranti baharunya.

Namun, nampaknya kini Huawei semakin bersiap sedia untuk “memutuskan hubungan” dengan ekosistem Android, melalui versi terkini HarmonyOS NEXT.

Berkaitan

  • HarmonyOS Terima Sijil Keselamatan Tahap Tertinggi Pertama Di Dunia
  • Huawei Mate 60 Pro Jadi Telefon Pertama Di Dunia Sokong Panggilan Melalui Satelit
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Dalam acara Huawei Developers Conference 2023 (HDC) yang berlangsung Ogos lalu, Huawei telah mengumumkan HarmonyOS NEXT. Ketika itu, ia dilaporkan sebagai versi tulen sistem operasi HarmonyOS tanpa Android dan akan menggantikan versi sedia ada.

Terbaharu, laporan SCMP mengatakan syarikat teknologi utama di China sedang tergesa-gesa untuk mengupah pembangun yang boleh menghasilkan aplikasi HarmonyOS tulen.

Laporan itu turut menambah NEXT akan mengalih keluar sokongan untuk aplikasi berasaskan Android pada semua peranti yang dipasang dengan sistem operasi baharu itu.

Selain itu, Pandaily juga melaporkan NEXT tidak akan menyokong fail APK dan sebaliknya hanya format HAP (HarmonyOS Ability Packages).

Bagi mengetahui jika benar Huawei akan menghentikan sokongan aplikasi Android sepenuhnya, nantikan versi pratonton pembangun HarmonyOS NEXT yang dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun depan.

  • Beli produk Huawei di Shopee: https://invl.io/clk8ybp
  • Beli produk Huawei di Lazada: https://invol.co/clk8ybx

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY