Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HarmonyOS Android fork

HarmonyOS Terima Sijil Keselamatan Tahap Tertinggi Pertama Di Dunia

Diterbitkan Ogos 16, 2023 · Dikemas kini Ogos 16, 2023 oleh ariff bukhari

Set atur cara dalam sistem pengendalian komputer yang melaksanakan fungsi paling primitif (Kernel) HongMeng atau juga dikenali sebagai HarmonyOS telah menerima sijil EAL6+ (Evaluation Assurance Level 6 Augmented).

Ia adalah yang pertama dalam industri dan merupakan pengiktirafan tahap keselamatan tertinggi dalam kernel sistem pengendalian (OS).

Pencapaian ini sekaligus menjadikan Huawei sebagai syarikat pertama di dunia yang menerima sijil ini dalam segmen tertentu.

SGS Brightsight, makmal penilaian keselamatan utama yang melakukan penilaian keselamatan untuk Kernel HongMeng berkata,  mereka berbesar hati kerana telah melakukan penilaian keselamatan Kernel HongMeng Huawei dan mendapati ia mencapai tahap Kriteria Biasa antarabangsa EAL6+ .

“Kami percaya bahawa Kernel HongMeng akan menjadi salah satu blok binaan terpenting dalam produk IoT dan mudah alih Huawei pada masa hadapan. Mengamankan CC EAL6+ juga menunjukkan dedikasi Huawei untuk mencipta produk selamat.” Encik Kai-Fan Chang, COO Asia SGS Brightsight.

Huawei dalam satu kenyataan menegaskan, keselamatan siber dan perlindungan privasi adalah keutamaan mereka, melebihi dan melangkaui sebarang kepentingan komersial.

Huawei menyatakan, mereka terus mengekalkan rekod prestasi yang kukuh dalam keselamatan siber dan usaha mereka telah mendapat pengiktirafan meluas di lebih 170 pasaran di seluruh dunia.

“Kepercayaan pelanggan adalah bukti paling kukuh kepada keselamatan dan kualiti produk dan perkhidmatan Huawei.” Huawei.

Berkaitan

  • Berdesup, Cip A17 Bionic Didakwa Sepantas PlayStation 5 Tapi Jauh Lebih Jimat Tenaga
  • Lahir Dalam Bulan Ogos? Anda Boleh Lawati Menara Berkembar Petronas Percuma
  • One Piece Pecah Rekod Dunia Sendiri, Jualan Manga Terbanyak Di Dunia

Sumber: Huawei

(Beli pelbagai produk asli Huawei di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY