Huawei Mate 60 Pro Jadi Telefon Pertama Di Dunia Sokong Panggilan Melalui Satelit

Huawei Mate 60 Pro kini ditayangkan melalui Vmall, iaitu laman web daripada Huawei sendiri. Ia belum dilancarkan secara rasmi secara besar-besaran tetapi sudah diumumkan oleh Huawei.



Telefon ini hadir dengan skrin LTPO OLED 10-bit sebesar 6.82" dengan resolusi 2720x1260 dan 120 kadar segar semula.

Di atas panel LTPO ini ialah kaca Kunlun generasi kedua.



Menariknya, ia mempunyai 3 lubang kamera di hadapan yang tidak pernah dilakukan mana-mana jenama selama ini. Ia menempatkan kamera swafoto 13MP, sensor dan laser 3D untuk pengecaman wajah.



Kamera belakang pula dirumahkan dalam bulatan di belakang tubuh dengan logo XMAGE di tengah-tengah.

Tiga kamera tersebut ialah 50MP utama dengan OIS dan PDAF seperti pada Mate 50 Pro dan P60 Pro dan 12MP sudut lebar serta 48MP dengan OIS.





Di dalam telefon ini terkandung bateri sebesar 5000mAh yang sokong 88W dan 50W tanpa wayar serta 20W pengecasan tanpa wayar berbalik.

HarmonyOS 4.0 menjadi antara muka telefon ini dan menjadi telefon pertama menjalankannya dari kilang.



Malang sekali, Huawei tidak mendedahkan cip apa digunakannya. Namun, Huawei Central membuat semakan di Geekbench dan ia mencatatkan prestasi lebih kurang dengan cip Kirin 9000.

Huawei sebelum ini telah menafikan ura-ura yang mereka akan mengembalikan Kirin.

Selain itu, Mate 60 Pro juga menjadi telefon pertama di dunia yang menyokong panggilan melalui satelit selain mesej.

Ia dipercayai menggunakan satelit negara China iaitu Tiantong-1 namun butiran lanjut masih belum didedahkan Huawei.

{suggest}

3 storan tersedia bersama RAM 12GB ialah 256GB, 512GB dan 1TB. Harga di China untuk storan 512GB ialah CNY6,999 iaitu bersamaan sekitar RM4,460.

Apakah ia akan memasuki pasaran global dan Malaysia?

Sumber: Vmall, Huawei Central