Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dilapor Akan Memperkenalkan Tiga Model Telefon Pintar Siri “P” Bagi Tahun 2018

Huawei Dilapor Akan Memperkenalkan Tiga Model Telefon Pintar Siri “P” Bagi Tahun 2018

Diterbitkan Disember 28, 2017 · Dikemas kini Disember 30, 2017 oleh Helmi Samsuri

Huawei sebelum ini menamakan siri “P”  pada telefon mereka dengan nama P8, P9, P10, tetapi berdasarkan perkhabaran terbaru, nama Huawei P11 mungkin tidak akan digunapakai dalam model seterusnya.

Syarikat yang berpengkalan di Shenzen itu dikatakan merancang untuk mengumumkan tiga buah model telefon pintar untuk pasaran 2018.

Salah satu daripadanya adalah model flagship yang mungkin dipanggil sebagai Huawei P20 dan menuruti model tersebut adalah Huawei P20 Lite serta Huawei P20 Plus.

Perkara ini diumumkan pada satu sidang media yang dibuat oleh pengedar Huawei di Israel, Electra Consumer Products, dan mereka juga memperlihatkan perancangan syarikat pengeluar terbabit sepanjang tahun 2018.

Imej yang ditunjukkan dibawah adalah jadual pengenalan peranti Huawei di Israel untuk 2018 dan boleh diperhatikan, siri P mungkin muncul sekitar April hingga Jun.

Ia memberi sedikit bayangan bahawa Huawei siri P20 bakal dipertontonkan pada Mobile World Congress yang dijadual berlangsung pada hujung Februari.

Huawei Dilapor Akan Memperkenalkan Tiga Model Telefon Pintar Siri “P” Bagi Tahun 2018

Sumber: Digital Trends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY