Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei Dikatakan Mahu Mengeluarkan Telefon Boleh Lipat Pada Tahun Hadapan

Posted on Oktober 23, 2017Oktober 23, 2017

Sepanjang tahun 2017, kebanyakkan telefon yang dilancarkan hadir dengan rekaan skrin paparan bersaiz besar serta berbingkai nipis. Bagaimana pula dengan tahun 2018? Adakah pengeluar telefon akan menghasilkan peranti dengan skrin boleh lipat?

Umum sudah mengetahui pengeluar-pengeluar utama telefon pintar seperti Samsung dan Apple yang berminat untuk mengeluarkan telefon boleh lipat, dan kini satu lagi nama besar turut dikaitkan dengan perkara itu.

CEO syarikat Huawei, Richard Yu ada memberitahu laman CNET bahawa mereka sudah berjaya menghasilkan prototaip dan mungkin akan mula dipasarkan tahun hadapan. Buat masa sekarang, syarikat itu masih lagi dalam proses penambahbaikan dari segi teknologi skrin yang fleksibel serta rekaan mekanikal yang lebih baik.

Menurut Yu lagi, peranti itu mempunyai dua skrin tetapi terdapat jarak kecil antara skrin berkenaan dan mereka sedang mencari jalan untuk “membuang” jarak tersebut.

Dwi skrin paparan yang boleh dilipat dari ZTE

Perlumbaan menghasilkan telefon boleh lipat dilihat semakin hampir dengan nama-nama besar sudah mula mendedahkan rancangan mereka kepada umum. Adakah anda teruja dengan kedatangan rekaan terbaru ini?

Sumber: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress