Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate X6 and Huawei Mate 70 Series

Huawei Dedah Barisan Model Mate 70 Dan Mate X6 Dalam Video

Diterbitkan November 26, 2024 · Dikemas kini November 26, 2024 oleh ariff bukhari

Huawei telah mendedah awal siri Mate 70 melalui video acah baharu yang menampilkan 4 model dalam barisan telefon pintar tersebut.

Video tersebut yang dikongsikan menerusi akaun rasmi Weibo Huawei juga memperlihatkan ciri AI canggih yang dirancang untuk mempermudah dan memperkaya pengalaman media di peranti itu.

Model-model dalam siri Mate 70 berbeza dari aspek saiz paparan dengan Mate 70 standard memiliki skrin yang lebih kecil dibandingkan varian Pro, Pro+, dan RS Ultimate Design.

Mate 70 standard hadir dengan skrin rata seperti pendahulunya, sementara varian lainnya menampilkan skrin mikro-quad melengkung.

Huawei Mate 70 Series
Huawei Mate 70.

Selain itu, Huawei telah memperkenalkan ciri-ciri AI interaktif seperti Air Shooting dan kemampuan Celia untuk produktiviti pada model lipat Mate X6.

Ciri menarik yang lain termasuklah kamera spektral pada Mate 70 Pro+ yang menawarkan restorasi warna tepat untuk hasil foto yang lebih cerah dan hidup.

 

huawei mate70 pro+_2
huawei mate70 pro+_3
huawei mate70 pro+

Siri Huawei Mate 70 akan dilancarkan dalam minggu ini, tetapi ia sudah mendapat banyak perhatian pengguna di China.

Peranti itu telah dilaporkan mendapat tempahan mencecah 2.9 juta di mana tarikan utamanya adalah pada reka bentuk Mate 70 Pro yang menggunakan modul kamera unik di bahagian belakang menyerupai model terdahulunya, Mate 50.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Huawei Lancar Rangkaian Pintar 5G-Advanced Berskala Besar Pertama Di Dunia
  • Apple Dijangka Hapus Slot Kad SIM Di Lebih Banyak Negara Tahun Depan

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY