Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG 1

Huawei Tingkat Peluang Pekerjaan Graduan Sarawak

Diterbitkan Ogos 25, 2025 · Dikemas kini Ogos 25, 2025 oleh ariff bukhari

CENTEXS (Centre for Technology Excellence Sarawak) dan Huawei Malaysia melancarkan CENHUA 2.0 semasa ASEAN AI Summit 2025.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan Sarawak dengan latihan teknologi, pensijilan industri, dan aplikasi AI dalam pelbagai sektor.

Antara peranan utama CENHUA 2.0 adalah ia akan menyediakan kursus pensijilan industri dalam teknologi baharu seperti AI, membangunkan kandungan akademik berasaskan kajian kes industri, mengaplikasikan AI pada data organisasi CENTEXS, melancarkan Program Huawei Digital Leadership Excellence (DLE) di Sarawak serta memberi bimbingan terus kepada pelatih & graduan untuk meningkatkan peluang pekerjaan.

Kerjasama ini mengukuhkan lagi hubungan CENTEXS–Huawei sejak 2017, yang sebelum ini menumpukan pada latihan ICT dan pengembangan ekonomi digital Sarawak.

“MoU hari ini menandakan permulaan CENHUA 2.0, yang berkembang dari Sarawak dan Malaysia ke ASEAN. Kami akan bergantung kepada nasihat Huawei tentang negara mana yang perlu dimulakan, tetapi saya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana yang memerlukan kami. Banyak negara ASEAN sudah melihat Malaysia sebagai model, jadi sekarang adalah masa yang tepat untuk bertindak.” Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Dato Haji Syeed Mohd Hussien bin Wan Abd Rahman.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Pekerja TikTok Di Malaysia Dan UK Tergugat Dengan Gelombang AI
  • Malaysia Lancar Bank Pertama Di Dunia Dikuasakan AI

Sumber: Huawei Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY