Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Bangunkan Teknologi Imbasan Wajah Lebih Baik Dari Apple

Huawei Bangunkan Teknologi Imbasan Wajah Lebih Baik Dari Apple

Diterbitkan November 30, 2017 oleh Helmi Samsuri

Antara peranti yang menjadi sebutan tahun ini adalah iPhone X yang mana salah satu ciri menarik peranti itu adalah, FaceID. Terbaru, Huawei telah mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan sistem imbasan wajah dan dikatakan ia 10 kali lebih tepat berbanding teknologi dari Apple.

Sistem itu diperlihatkan oleh Huawei ketika acara pengenalan Huawei V10 semalam. Ia boleh diibaratkan gabungan teknologi inframerah dan projektor yang akan menghasilkan lakaran 3D wajah pengguna.

Menurut Huawei, teknologi itu mampu merakam 300,000 titik dalam masa 10 saat dan ia adalah 10 kali lebih dari apa yang dirakam oleh iPhone X. Dengan ketepatan itu, sudah tentu teknologi ini akan lebih selamat digunakan dalam urusan pembayaran dalam talian.

Walaubagaimanapun, Huawei tidak pula menyatakan model mana yang akan dilengkapi dengan teknologi imbasan wajah ini.

Ini bukanlah kali pertama Huawei cuba menyaingi teknologi Apple kerana sebelum ini syarikat China itu telah memperkenalkan telefon pintar dengan ciri mirip “Force Touch”, beberapa hari sebelum iPhone 6S dilancarkan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY