Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei AppGallery Kini Adalah Ketiga Terbesar Selepas Google Play Dan App Store

Huawei AppGallery Kini Adalah Ketiga Terbesar Selepas Google Play Dan App Store

Diterbitkan Februari 26, 2020 oleh Amalina Athman

Huawei baru-baru ini mengeluarkan satu siaran media berhubung AppGallery. Dalam siaran media tersebut, syarikat itu mengingatkan dunia bahawa ia mampu bertahan tanpa Google dan merancang untuk mempercepatkan pembangunan Huawei Mobile Service (HMS). Selain itu, Huawei turut menyatakan AppGallery kini merupakan yang ketiga terbesar selepas Google Play dan App Store.

Huawei AppGallery

Semua sudah maklum mengenai kemelut yang melanda antara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikat. Kemuncaknya adalah, gergasi teknologi dari China itu telah disekat dari melakukan perdagangan dengan pelbagai syarikat dari AS. Salah satunya adalah Google, yang terpaksa menghentikan sokongan Android pada Huawei. Sejak itu, Huawei telah melancarkan siri Huawei Mate 30 dengan vanilla Android dan HMS.

Huawei terpaksa mendapatkan pelbagai pemaju bagi platform baru HMS yang digelar sebagai AppGallery. Walau bagaimanapun, melalui pengumuman syarikat itu, pengguna aktif secara bulanan bagi Huawei AppGallery sudah melebihi 400 juta dengan lebih daripada 55,000 aplikasi yang ditemui di platform tersebut. Dengan kata lain, ia adalah satu prestasi yang hebat untuk perkhidmatan yang baru dilancarkan.

Pada masa ini, HMS tersedia di 170 buah negara dan bekerjasama dengan pembangun tempatan dari Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Syarikat tersebut juga mengumumkan akan melancarkan perkhidmatan “Quick App” dalam AppGallery yang membenarkan pengguna mencuba aplikasi tanpa perlu memuat turun dan memasangnya terlebih dahulu.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY