HTC U11 Yang Boleh Dipicit Kini Secara Rasmi Dilancarkan

HTC secara halus telah mengiklankan telefon flagship 2017 mereka untuk beberapa minggu ini dan hari ini merupakan hari rasmi telefon itu mula menerima tempahan di pasaran.

Khabar angin sebelum kebanyakkan menepati sasaran namun HTC berjaya mengejutkan peminat mereka dengan spesifikasi rasmi yang dilancarkan.

HTC mengembar-gemburkan telefon pintar pertama yang berinteraksi dengan picitan, satu funsi dan ciri yang sangat unik jika dibandingkan dengan pesaing mereka di pasaran.

Fungsi yang dipanggil Edge Sense membolehkan pengguna untuk menetapkan pintasan dengan memicit rangka telefon.

Samada memicit sekejap utnuk mengaktifkan lampu flash atau memicit lama bagi mengaktifkan kamera, semua fungsi boleh diubahsuai mengikut kesukaan anda.

Selain daripada itu, rekaan U11 meneruskan trend telefon flagship 2017 dengan menggabungkan besi dan kaca.

Telefon ini juga telah membuang port 3.5mm headphone jack dan menggunakan sambungan USB type-C.

Mereka menyertakan sekali 3.5mm adapter di dalam kotak.

i.img

Dari spesifikasi perkakasan pula, HTC menggunakan cip Snapdragon 835 yang terbaru untuk U11 dengan ruang RAM 4GB dan ruang penyimpanan sebanyak 64 GB.

Paparan untuk U11 adalah bersaiz 5.5 inci dengan paparan Quad HD.

Untuk bahagian kamera pula, 12-megapiksel untuk kamera belakang dan 16-megapiksel untuk kamera depan.

Untuk spesifikasi penuh, lihat di sini.

Sumber