Disebut sebagai salah satu telefon pintar terbaik 2017, peranti ini hadir dengan skrin berukuran 6 inci 2880 x 1440p dan nisbah paparan popular, 18:9. Cip pemprosesan Snapdragon 835 digunakan untuk memacu U11+ disamping RAM 6GB dan ruang memori simpanan 128GB juga sokongan kad MikroSD.
Bagi tetapan kamera, ia menggunapakai kamera 12MP dibahagian belakang manakala bahagian hadapan dilengkapi dengan lensa kamera 8MP.
Turut dimuatkan pada peranti ini adalah bateri dengan kapasiti 3930mAh, speaker dari BoomSound yang menjanjikan kelantangan bunyi lebih baik, serta fungsi Edge Sense. Edge Sense adalah pintasan yang ia diakses dengan cara memicit kerangka dibahagain bawah telefon.
https://www.youtube.com/watch?v=ee5bJ4QKUiU
Sistem imbasan cap jari pula berada dibelakang dan peranti ini mempunyai pensijilan IP68 kalis air. Seperti "adiknya", HTC U11+ tidak didatangkan dengan bicu audio 3.5mm, jadi adapter USB-C perlu digunakan.
Pra-tempah secara dalam talian akan bermula pada 15 Januari sehingga 21 Januari 2018 dan pelbagai aksesori menarik ditawarkan seperti powerbank 8000mAh, buku nota, kit perjalanan dan lain-lain.
Jika anda ingin membeli dari pengedar sah, HTC U11+ akan muncul secara fizikal pada 22 Januari dan harga rasmi ia didagangkan untuk pasaran Malaysia ialah RM3099.
Sumber: Lowyat.net
Berkaitan
- Kelajuan Internet Malaysia Berada Di Kedudukan Ke-9 Asia Pasifik
- Telefon Pintar Bajet, Neffos X1 Lite Sudah Mendarat Di Malaysia - RM499
- Siri Reno 4 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1699
- Rakyat Malaysia Tidak Boleh Berenggang Dengan Telefon Pintar
- OPPO A16K, Telefon Pintar Bawah RM600 Di Malaysia
- OnePlus Nord Bakal Dibawa Masuk Ke Pasaran Malaysia?
- Menjelang Tahun 2020 Jalan Raya Malaysia Akan Di Penuhi Kereta Elektrik
- Samsung Malaysia Perkenal 4 Model Baharu, Harga Dari RM1299
- Xiaomi Mi Note 10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 3 Disember Ini
- Realme 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Mac Ini