HTC U 11 Life merupakan peranti kelas pertengahan yang ditawarkan oleh HTC, sekali pandang ianya seakan sama seperti HTC U11 dengan rekaan luaran berkilat dan saiz bingkai yang serupa seperti peranti U11.
Tetapi bahan binaan yang digunakan ditukar menggunakan plastik berbanding kaca seperti U11. Peranti ini memiliki paparan skrin LCD 5.2 inci HD penuh, berbeza dengan U11 iaitu pada saiz 5.5 inci. Ini menjadikan U11 Life sedikit kecil.
Ianya dibina dengan cip pemprosesan Snapdragon 630, 2.2 GHz disokong dengan RAM bersaiz 3GB. Dimuatkan dengan storan dalaman 32GB dan kapasiti bateri 2,600mAh.
Untuk pengecasan, ianya hanya membawakan sokongan pengecasan pantas Quickcharge 1.0 dan HTC masih mengekalkan rekaan tanpa bicu audio 3.5mm pada peranti ini.
Dari segi kamera, peranti ini hadir dengan 16-Megapiksel dengan f/2.0 untuk kamera di hadapan dan belakang peranti.
Antara ciri flagship U11 yang turut sama disertakan dalam U 11 Life ini adalah ciri picit "Edge Sense". Ciri ini membenarkan pengguna memicit di bahagian tepi bingkai untuk memulakan sesuatu tugas sama ada untuk mengambil gambar atau menghidupkan pembantu suara Google Assistant.
Yang menariknya, HTC U11 Life hadir dengan sistem operasi Android One, sistem stock android yang memastikan penggunaan yang lebih ringkas dan kemas tanpa bloatware. U 11 Life juga hadir dengan sistem operasi Android Orea terus dari kotak.
Dari segi harga, ianya masih belum rasmi untuk pasaran Malaysia tetapi dijangka dijual pada harga RM 1499 di pasaran tempatan. Apa pendapat anda?
Berkaitan
- Google Pixel 3 XL Terima Penarafan A+ Tertinggi Dari DisplayMate, Ambil Alih Kedudukan iPhone XS Max
- "Dapat Layanan Istimewa"- Penganjur dan Syed Saddiq Balas Dakwaan Orang Ramai
- Fon Telinga Tanpa Wayar Oppo Enco Q1 Hadir Dengan Ciri Pembatalan Hingar
- Asus ROG Phone 2 Dijangka Bakal Diperkenalkan Pada Suku Ketiga 2019
- Lintas Langsung Dari MWC19, Redmi Note 7 Pro Dilancarkan, Kedai Razer, Mate 20 Pro Turun Harga
- Lenovo Mahu Hasilkan Telefon Pintar 'Tanpa Bezel dan Takuk' Pertama Di Dunia
- FitBit Hadir Dengan Fitness Tracker Yang Lebih Nipis Bersama Sensor Degupan Jantung Yang Berterusan
- Kenal Pasti 5 Pencetak Terbaik Bagi Kegunaan Anda Di Rumah
- Realme 3 Sah Bakal Didatangkan Dengan MediaTek Helio P70, Rekaan Ala Berlian
- Samsung Galaxy A8s - Peranti Pertama Dengan Rekaan Infinity-O