Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HTC Dan Motorola Tidak Memperlahankan Peranti Lama Mereka Seperti Apple

Posted on Disember 29, 2017

HTC dan Motorola berkata mereka tidak memperlahankan prestasi peranti lama mereka tidak seperti apa yang Apple buat dengan peranti lama mereka. Mereka mengesahkan perkara ini kepada pihak The Verge melalui e-mel.

The Verge juga cuba menghubungi Google, Samsung, LG dan Sony untuk perkara yang sama dan mereka masih belum dapat memberikan jawapan buat masa ini. Pertanyaan yang diberi adalah samada pengurangan prestasi pemprosesan merupakan perkara biasa dalam peranti telefon pintar.

Apple dalam masa yang sama telah meminta maaf bagi tindakan mereka memperlahankan prestasi pemprosesan peranti iPhone mereka yang lama bagi menjaga jangka hayat bateri.

Apple sudah lama disyaki sengaja memperlahankan prestasi iPhone mereka dan teori tersebut terbukti pada minggu lepas apabila Apple mengakui perkara tersebut dan kini mereka menghadapi saman dari pengguna mereka.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress