Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HyperX Omen Max 2

HP Umum Desktop Gaming HyperX OMEN MAX 45L Dikuasakan RTX 5090

Diterbitkan Mac 26, 2026 · Dikemas kini Mac 26, 2026 oleh ariff bukhari

HP melalui jenama HyperX memperkenalkan siri desktop gaming baharu di acara Imagine 2026.

Menerusi model utama HyperX OMEN MAX 45L, ia merupakan komputer meja paling berkuasa dengan pemproses Intel® Core™ Ultra 7 270K Plus, GPU NVIDIA® GeForce RTX™ 5090, serta sokongan sehingga 128GB RAM DDR5.

Ia juga dilengkapi sistem penyejukan Cryo Chamber™  gen-2 yang dipadankan dengan penyejuk cecair LCD sehingga 360mm dan pembekal kuasa modular 1200W untuk memudahkan pengguna menaik taraf perkakasan.

HyperX Omen Max 1

Turut diperkenal adalah HyperX OMEN 35L yang lebih mesra bajet tetapi tetap berprestasi tinggi dipacu Intel® Core™ Ultra 7 processor 270K Plus dengan GPU RTX™ 5080 dan seni bina termal senyap.

HyperX OMEN MAX 45L

HP juga kini memperluaskan lagi fungsi OMEN AI ke permainan popular seperti Minecraft, Roblox dan Marvel Rivals.

OMEN AI

HP dalam ujian mereka mendakwa, OMEN AI mampu meningkatkan prestasi FPS sehingga 50% dengan sekali klik ciri ini.

Siri desktop HyperX OMEN Max ini dijadual akan dilancarkan dlaam bulan Mei 2026 ini dengan harga yang diumumkan kemudian.

Berkaitan

  • Ini Spesifikasi 'Gaming PC' Terbaik Dicadangkan Microsoft
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • TECNO Dan Tonino Lamborghini Perkenal PC Gaming Mini Penyejukan Air Terkecil Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY