Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxis 5g

Maxis Dan China Mobile International Jalin Kerjasama Strategik Tingkatkan Inovasi 5G Dan Digital Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 16, 2024 oleh ariff bukhari

Maxis dan pengendali telekomunikasi dari China, China Mobile International (CMI), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Persidangan Kerjasama Asia Tenggara China Mobile di Bangkok.

MoU ini bertujuan mempercepatkan inisiatif 5G dan memanfaatkan kekuatan gabungan kedua-dua Syarikat untuk memacu perkembangan dalam sektor telekomunikasi.

Majlis menandatangani MoU tersebut telah dihadiri oleh Encik Gao Tongqing, Naib Presiden Eksekutif China Mobile Communications Group Co., Ltd.; Encik Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Encik Wang Hua, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CMI; dan Encik Tan Cheng Peng, Pemangku Ketua Pegawai Strategi Teknologi Maxis.

MoU ini menggariskan beberapa inisiatif utama, termasuk pembangunan rangkaian 5G persendirian, rundingan dan aplikasi 5G, penyelesaian taman pintar, kemajuan dalam kecerdasan buatan, dan projek penyelidikan dan pembangunan bersama.

Kedua-dua syarikat juga akan memberi tumpuan kepada perkongsian kepakaran teknikal dan meneroka peluang pasaran baharu.

Dengan menggabungkan sumber dan kepakaran mereka, CMI dan Maxis berhasrat untuk memacu kemajuan yang ketara dalam sektor telekomunikasi, mengembangkan ke pasaran baharu, dan menyediakan penyelesaian canggih kepada pangkalan pelanggan global mereka.

Sumber: Siaran media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Maxis Perluas Kempen Kitar Semula e-Sisa, Pos 'drop-off' Kini Percuma Seluruh Semenanjung Malaysia
  • Maxis Dan Huawei Jalin Kerjasama Inovasi 5G-Advanced, Tumpukan Pembangunan Teknologi Dan Bakat
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Dibuka, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY