Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Horizon Steel Frontiers Diumum, MMORPG Baharu Untuk Telefon Dan PC

Horizon Steel Frontiers Diumum, MMORPG Baharu Untuk Telefon Dan PC

Diterbitkan November 14, 2025 oleh Amsyar Latif

NCSOFT kini memperkenalkan permainan MMORPG global terbaharu mereka, Horizon Steel Frontiers, pada acara G-Star 2025 di Korea.

Permainan ini dibangunkan bersama studio Guerrilla, pembangun di bawah Sony Interactive Entertainment yang terkenal dengan siri Horizon dan Killzone.

Horizon Steel Frontiers dibina berasaskan dunia Horizon dan membawa pemain ke kawasan baharu yang dikenali sebagai Deadlands, iaitu tanah para pemburu mesin. Permainan ini mengekalkan elemen aksi memburu yang menjadi identiti francais tersebut, namun pada masa sama memperluaskan skopnya dengan sistem MMORPG moden yang menawarkan kebebasan pemain lebih besar serta pertempuran yang boleh disesuaikan secara mendalam.

Untuk memberikan gambaran awal kepada pemain, NCSOFT telah melancarkan laman rasmi Horizon Steel Frontiers yang memaparkan treler pertama serta temu bual bersama pembangun.

Treler tersebut menunjukkan dunia Deadlands, mesin mekanikal pelbagai saiz dan pertempuran berskala besar yang menjadi antara tarikan utama permainan ini.

Horizon Steel Frontiers akan dilancarkan secara rentas platform untuk peranti mudah alih dan PC melalui platform PURPLE milik NCSOFT.

Maklumat tambahan seperti tarikh pelancaran, fasa ujian serta mekanik permainan akan dimaklumkan secara berperingkat melalui laman rasmi dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Ini Steam Machine Terbaru: Konsol PC Kompak Yang Sasar 4K60
  • Sony: PS5 Masih Di Pertengahan Kitar Hayat, Belum Masa Untuk PS6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY