Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5, PlayStation, AFP

Sony: PS5 Masih Di Pertengahan Kitar Hayat, Belum Masa Untuk PS6

Posted on November 13, 2025

Sony memberi gambaran lebih jelas tentang hala tuju PlayStation apabila ketua kewangannya menyatakan bahawa PlayStation 5 (PS5) kini “baru berada di pertengahan kitar hayat”.

Kenyataan itu dibuat semasa pembentangan prestasi kewangan terkini, sekali gus menolak spekulasi bahawa Sony sedang bersedia untuk mempercepatkan kemunculan generasi baharu seperti PS6.

Menurut syarikat itu, PS5 masih mempunyai ruang perkembangan yang besar, sama ada dari segi jualan, katalog permainan baharu atau ciri yang akan ditambah melalui kemas kini sistem.

Sony turut membandingkan situasi ini dengan kitar hayat panjang PS4, yang terus menerima permainan dan sokongan hampir sedekad selepas dilancarkan. Pendekatan sama dijangka diteruskan untuk PS5, memberi isyarat bahawa konsol itu akan kekal relevan untuk beberapa tahun lagi.

Apa yang menarik, Sony memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai PS6. Tiada petunjuk tentang spesifikasi, tarikh pengumuman atau rancangan jangka masa panjang untuk generasi seterusnya. Fokus utama syarikat ketika ini ialah memaksimumkan potensi PS5 yang sudah berada di pasaran sejak 2020.

Bagi pengguna, ini bermakna pembelian PS5 masih dianggap pelaburan kukuh. Permainan besar yang bakal tiba termasuk judul AAA yang diumumkan tetapi belum dilancarkan di mana ia dijangka terus mengutamakan platform ini.

Ia juga menunjukkan konsol tersebut tidak akan digantikan dalam masa terdekat, walaupun pasaran kini lebih aktif bercakap tentang generasi baharu konsol lain.

Pada pendapat peribadi, PS5 masih lagi berkuasa untuk permainan terkini. Kehadiran PS5 Pro pun cukup menguatkan yang PS6 tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress