Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Watch 5

HONOR Watch 5 Dan Earbuds Open Turut Rasmi, Harga Bermula RM599

Diterbitkan Januari 9, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR Malaysia hari ini turut membawa masuk HONOR Watch 5 dan juga Earbuds Open. Kedua-duanya akan tersedia untuk dibeli bermula 17 Januari hadapan.

HONOR Watch 5 tampil dengan skrin AMOLED 1.85 inci dengan kadar segar semula 60Hz. Ia dikatakan mempunyai jangka hayat bateri sehingga 15 hari dan juga mempunyai penjejakan GPS yang tepat.

photo_2025-01-09 16.33.16

Terdapat juga fungsi imbasan kesihatan untuk memantau kadar denyutan jantung, tahap tekanan dan tahap oksigen dalam darah. Ia ditawarkan dengan tali silikon dalam warna Gold dan Black. Harga jualan adalah RM599.

photo_2025-01-09 16.33.18

Beralih kepada HONOR Earbuds Open, peranti ini mempunyai sokongan perbualan masa sebenar melalui ciri AI Live Translation yang boleh menterjemah sehingga 15 bahasa. Ciri ini menyokong telefon pintar HONOR yang menjalankan MagicOS 9.0 dan akan dilanjutkan ke peranti-peranti lain pada Mac 2025.

Direka daripada bahan silikon yang lembut, hipoalergen dan mesra kulit, peanti ini mengutamakan keselesaan untuk semua jenis kulit. HONOR Earbuds Open tersedia dalam warna Polar Gold dan Polar Black pada RM699.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • HONOR Magic7 Pro Dilancar Dengan Harga Bermula RM4,599
  • Porsche Design HONOR Magic7 RSR Kini Di Malaysia, Harga RM6,999

Shopee – https://invl.io/clm6zxh

Lazada – https://invol.co/clm6zxy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY