Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor pad x9a

HONOR Pad X9a WiFi Akan Dilancar Minggu Depan, Ini Spesifikasinya

Diterbitkan Mac 20, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR secara rasmi mengumumkan pelancaran HONOR Pad X9a versi WiFi di Malaysia pada 26 Mac 2025, sebagai sebahagian daripada lima produk semua senario baharu yang bakal diperkenalkan.

HONOR Pad X9a menampilkan paparan FullView 2.5K 11.5 inci – satu-satunya dalam segmennya – serta kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman tontonan yang lebih lancar dan mengasyikkan. Dengan teknologi Keselesaan Mata HONOR, tablet ini juga mengurangkan ketegangan mata untuk sesi hiburan yang lebih selesa.

Dilengkapi dengan bateri 8300mAh, tablet ini menyokong HONOR SuperCharge 35W, memberikan sehingga 11.5 jam penstriman di iQIYI dalam satu cas. Reka bentuknya yang nipis dan ringan menjadikannya sesuai untuk hiburan dan produktiviti dalam perjalanan.

HONOR Pad X9a turut didatangkan dengan papan kekunci dan stylus percuma, membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas dengan lebih mudah.

Untuk harga, sama-sama kita nantikan apabila ia rasmi pada 26 Mac depan.

Berkaitan

  • HONOR Jamin 7 Tahun Kemas Kini Android OS Untuk Siri Magic
  • HONOR Sasar Beralih Dari Pengeluar Telefon Pintar Kepada Peneraju Peranti AI
  • HONOR Watch 5 Ultra Buat Kemunculan Di MWC 2025, Dijana MagicOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY