Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR ALPHA PLAN

HONOR Sasar Beralih Dari Pengeluar Telefon Pintar Kepada Peneraju Peranti AI

Diterbitkan Mac 6, 2025 · Dikemas kini Mac 6, 2025 oleh ariff bukhari

HONOR mengumumkan HONOR ALPHA PLAN, strategi korporat baharu syarikat itu yang akan mengubah HONOR daripada pengeluar telefon pintar kepada peneraju ekosistem peranti AI global.

HONOR dalam kenyataannya menjelaskan, simbol “ALPHA” dipilih kerana melambangkan aspirasi HONOR untuk mengejar kecemerlangan teknologi, di samping menggabungkan nilai Timur dan Barat yang berfokuskan manusia.

HONOR ALPHA PLAN dibahagikan kepada tiga peringkat:

  1. Mewujudkan “intelligent phone” – Bekerjasama dengan rakan industri untuk membangunkan peranti AI baharu dalam era “agentic AI”.
  2. Membina ekosistem AI – Meluaskan kerjasama rentas industri bagi mewujudkan ekosistem AI dalam era AI fizikal.
  3. Memaksimumkan potensi manusia – Mengorak langkah ke era AGI (Artificial General Intelligence) dengan membuka sempadan potensi manusia menerusi inovasi bersama.

Sebagai bukti tumpuan terhadap pengguna, HONOR menjanjikan kemas kini sistem operasi Android dan sekuriti selama tujuh tahun bagi siri HONOR Magic, bermula di pasaran EU.

Pelbagai syarikat teknologi terkemuka menyokong inisiatif ini termasuklah Google Cloud, Qualcomm Technologies, Inc., CKH Group, Orange, Telefónica dan Vodafone yang menandakan kesepakatan untuk membentuk ekosistem AI berskala global yang memberi manfaat kepada semua.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Skrin Komputer Riba Lenovo Ini Boleh Dilipat 2
  • Kajian Dedahkan Manusia Alami Penuaan Lebih Cepat Pada Dua Puncak Usia Ini

Sumber: HONOR Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY