Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic 7 Pro_WiserMY

HONOR Jamin 7 Tahun Kemas Kini Android OS Untuk Siri Magic

Diterbitkan Mac 3, 2025 · Dikemas kini Mac 3, 2025 oleh Amalina Athman

Dalam acara yang berlangsung di Mobile World Congress (MWC) 2025, HONOR mengumumkan komitmennya untuk menyediakan kemas kini sistem operasi Android dan tampalan keselamatan selama tujuh tahun bagi siri Magic, dengan pelaksanaan bermula di pasaran Eropah (EU).

Secara tradisional, produk Magic merupakan barisan peranti premium HONOR, merangkumi telefon pintar konvensional, peranti boleh lipat serta tablet.

HONOR Magic7 Pro akan menjadi peranti pertama yang menerima manfaat daripada perubahan itu. Difahamkan sebelum ini, HONOR hanya menawarkan sokongan kemas kini sistem operasi dan tampalan keselamatan selama lima tahun untuk Magic7 Pro.

This same user-focused approach means we’re excited to offer 7 years of Android OS and security updates to the HONOR Magic Series phones – beginning with the HONOR Magic7 Pro.#HONORALPHA #HONORAI pic.twitter.com/jpG0GT5vlG

— HONOR (@Honorglobal) March 2, 2025

 

Pengumuman ini juga merupakan sebahagian daripada ALPHA PLAN, strategi korporat baharu yang bertujuan mengubah HONOR daripada sekadar pengeluar telefon pintar kepada syarikat peneraju global dalam ekosistem peranti kecerdasan buatan (AI).

Introducing the HONOR ALPHA PLAN

The plan that will complete our transition from smartphone maker to a global leading AI device ecosystem company.#HONORALPHA #HONORAI pic.twitter.com/g7uS8jDFul

— HONOR (@Honorglobal) March 2, 2025

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • HONOR Magic7 Pro Dilancar Dengan Harga Bermula RM4,599
  • (Ulasan) HONOR Magic7 Pro - Hampir Lengkap Untuk Golongan "Baik Beli"
  • HONOR Umumkan "Alpha Plan" – Inisiatif Baharu Dalam AI

Sumber: HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY