Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor of Kings Plus Hadir 24 Jun – Ini Semua Ciri Baharu Yang Wajib Tahu

Honor of Kings Plus Hadir 24 Jun – Ini Semua Ciri Baharu Yang Wajib Tahu

Diterbitkan Jun 23, 2025 · Dikemas kini Jun 23, 2025 oleh Amsyar Latif

Honor of Kings bakal hadir dengan kemas kini terbesar setakat ini melalui versi baharu yang dinamakan Honor of Kings Plus, bermula 24 Jun. Kemas kini ini memperkenalkan pelbagai ciri baharu dan penambahbaikan berdasarkan maklum balas komuniti, serta semuanya boleh diakses secara percuma.

Berikut ialah antara ciri-ciri baharu utama yang diperkenalkan dalam Honor of Kings Plus.

1. Flowborn – Avatar Peribadi Baharu

Untuk pertama kali dalam permainan MOBA, pemain boleh mencipta avatar sendiri yang mencerminkan identiti mereka di medan pertempuran.

  • Penyesuaian fizikal menyeluruh – rupa, tona kulit, pakaian dan gaya rambut.
  • Cipta dan kongsi poster 2D dengan latar belakang, pelekat dan bingkai nama pilihan.
  • Sistem tempur adaptif membolehkan pemilihan senjata dan skil yang berkesan mengikut keadaan.

Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat:

  • Flowborn Marksman – 24 Jun
  • Flowborn Tank & Mage – Julai

2. Sistem Pengiktirafan Prestasi Individu

Pemain kini akan lebih dihargai atas usaha dan kebolehan mereka walaupun kalah dalam perlawanan. Bintang boleh diperoleh walaupun kalah jika prestasi cemerlang.

Sistem ‘Highlight Moments’ beri ganjaran kepada aksi luar biasa seperti:

  • Solo hancurkan kristal = Gred SSS
  • Bawa kemenangan penuh = +2 Bintang
  • Bertahan dalam situasi 1 lawan 9 = Kekal/naik Bintang
  • Terima pingat emas = Masih berpeluang naik Bintang

Oleh itu, sistem gred prestasi kini lebih telus dengan mata bonus yang jelas.

3. Sokongan Terjemahan & Transkripsi Masa Nyata

Untuk memudahkan komunikasi antara pemain antarabangsa, sistem terjemahan suara-ke-teks diperkenalkan.

  • Menyokong Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia dan Cina.
  • Memudahkan komunikasi dan kerjasama rentas bahasa dalam pasukan.
  • Membantu mengenali rakan baharu dengan lebih mudah.

4. Penambahbaikan di Medan Pertempuran

Pelbagai perubahan dibuat bagi meningkatkan keseimbangan permainan dan mengurangkan tekanan ketika ‘push’.

  • Minion mid-lane ditambah kepada 4 unit.
  • River Sprite (mid-lane) dibuang untuk keseimbangan.
  • Penyesuaian frekuensi, ganjaran dan keupayaan River & Space Sprite.
  • Firehawk diperbaharui dari segi masa muncul, skil dan ganjaran.
  • Super Minion kini lebih seimbang di ketiga-tiga lane.
  • Sistem perisai turet dikemaskini.
  • Teleport kini tersedia secara kekal dengan visual baharu.

5. Sistem Honor Pass Baharu

Honor Pass diperbaharui untuk jadi lebih mudah difahami dan memberi ganjaran lebih menarik.

Ganjaran diberi melalui misi, kempen dan ‘Highlight Moments’. Sepanjang bulan pertama, Elite Pass diberikan secara percuma.

Selain itu, terdapat juga tema baharu KWC (Honor of Kings World Cup).

Ganjaran:

  • Tahap 1: Skin Nuwa – Syzygy Moonlight
  • Tahap 80: Skin Alessio – EWC

Sementara, Deluxe Pass – Tambahan 398 token untuk simpanan masa depan.

6. Ganjaran & Promosi Istimewa

Pelbagai ganjaran percuma dan promosi khas tersedia sepanjang tempoh pelancaran.

Kupon skin percuma bernilai 1688 Token:

  • Lengkapkan tugasan khas mulai 19 Jun.
  • Tebus di Pusat Acara mulai 24 Jun.
  • Gunakan antara 28–30 Jun untuk beli satu skin terpilih.

Semua skin sebelum 24 Jun boleh digunakan secara percuma bermula 28 hingga 30 Jun, termasuk skin legenda dan terhad.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Dulu Buat 'Game' Masa PKP, Sekarang Dah Bimbing Robotik Sampai Luar Negara
  • Apple Perkenal Aplikasi Games, Hab Baharu Untuk Kaki 'Game' Di iPhone
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY