Dalam acara WWDC25 sebentar tadi, Apple memperkenalkan Games, sebuah aplikasi baharu yang menyatukan segala kandungan berkaitan permainan dalam satu tempat di iPhone, iPad dan Mac.
Aplikasi ini akan hadir secara prapasang bermula musim luruh (sekitar bulan September) ini bersama iOS 26 dan macOS Tahoe 26, menggantikan Game Center lama dengan rupa dan fungsi yang lebih moden, seakan pusat permainan seperti Xbox.
Games menampilkan halaman utama yang diperibadikan dengan kemas kini, acara dan cadangan permainan mengikut minat pengguna.
Tab Library menyimpan semua permainan yang pernah dimuat turun pengguna, membolehkan mereka terus melancarkan semula permainan dengan mudah. Apple Arcade turut mendapat ruang khusus dalam aplikasi ini.
Tab Play Together pula membolehkan pengguna melihat apa yang rakan-rakan sedang main, membandingkan skor dan pencapaian, serta mencabar antara satu sama lain walaupun dalam permainan pemain tunggal, menggunakan sistem leaderboard Game Center sebagai asas.
Di Mac, ia lebih menarik kerana Games disertakan dengan overlay khas yang membolehkan pengguna mengakses kawalan audio, sambungan Bluetooth, status bateri dan ciri komunikasi ketika bermain.
Langkah ini selari dengan usaha Apple memperkukuh kehadiran dalam dunia permainan, bukan semata-mata produktiviti sahaja.
{suggest}