Honor Malaysia Beri Bayangan Peranti Dengan 4 Kamera Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Beberapa hari lepas menerusi laman Facebook Honor Malaysia, mereka telah berkongsi satu imej acah yang memberi bayangan kemasukan peranti baru untuk pasaran tempatan.

Imej yang diperlihatkan itu mempunyai 4 bulatan dan Honor seakan-akan ingin memberitahu sebuah telefon pintar dengan 4 kamera akan diperkenalkan.



Dibahagian atas bulatan itu pula tertera "E9ually Beautiful" dengan ejaan Equally menggunakan nombor 9.

Dipercayai ia merujuk kepada model Honor 9 Lite yang telah diumumkan secara rasmi pada penghujung 2017 lalu.



Membawakan spesifikasi mirip kepada Honor 7X, Honor 9 Lite sedikit berbeza dari segi ukuran saiz skrin paparan iaitu 5.65 inci  dengan resolusi 2160 x 1080 FullView Display juga bernisbah 18:9.

Bagi tetapan kamera, ia dilengkapi dengan dwi kamera dibahagian hadapan dan belakang yang masing-masing menggabungkan lensa 13MP dan 2MP.

Honor 9 Lite bakal dipacu oleh cip pemprosesan Kirin 659, RAM 3GB atau 4GB, dan ruang storan 32GB atau 64GB. Ia juga mempunyai sokongan memori tambahan melalui kad MikroSD sehingga 256GB.

Menjalankan sistem operasi Android Oreo bersama antaramuka terbaru EMUI, Honor 9 Lite dijana dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan teknologi pengecasan pantas SuperCharge.

Tiadak maklumat terperinci bila penawaran untuk pasaran tempatan akan dibuat dan untuk itu, mari sama-sama kita nantikan pengumuman dari Honor.

Sumber: Honor Malaysia