Huawei Perkenal Honor 9 Lite, Dwi Kamera Depan Dan Belakang

Honor 9 Lite kini telah diumumkan pelancarannya disebuah acara yang berlangsung di China. Model mampu milik dalam siri Honor 9 ini hadir dengan skrin 5.65 bersama nisbah paparan 18:9 dan resolusi HD penuh.

Bagi keluaran ini, tetapan dwi kamera di kedua-dua bahagian depan dan belakang dipertaruhkan iaitu gabungan antara lensa 13MP dan juga 2MP.

Honor 9 Lite bakal dipacu oleh cip pemprosesan Kirin 659, RAM 3GB atau 4GB, dan ruang storan 32GB atau 64GB. Ia juga mempunyai sokongan memori tambahan melalui kad MikroSD sehingga 256GB.

Menjalankan sistem operasi Android Oreo bersama antaramuka terbaru EMUI, Honor 9 Lite dijana dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan teknologi pengecasan pantas SuperCharge.

Terdapat tiga variasi yang akan dijual dan harga berbeza bagi setiap satunya.



  • 3GB/32GB - 1199 Yuan (~RM693)

  • 4GB/32GB - 1499 Yuan (~RM932)

  • 4GB/64GB - 1799 Yuan (~RM1118)


Sumber: GSM Arena