Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic9 Pro Max Coming Soon

HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35

Diterbitkan November 4, 2026 oleh Amsyar Latif

HONOR mengesahkan telefon pintar andalan terbarunya, Magic9 Pro Max, akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Sebelum itu, peranti tersebut terlebih dahulu dilantik sebagai Official Cinematic Imaging Smartphone bagi Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

Pelantikan itu hasil kerjasama HONOR bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Malam Anugerah FFM35 bertemakan “Spektrum Sinema” dijadual berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 November 2026.

HONOR partnership with FINAS_BM

Tarikh pelancaran, harga dan spesifikasi Magic9 Pro Max untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Menurut HONOR, butiran lanjut termasuk ketersediaan tempatan akan didedahkan kemudian.

Magic9 Pro Max telah dilancarkan di China pada 28 September 2026, dengan harga bermula RMB 6,499. Ia ditawarkan dalam empat konfigurasi, iaitu 12GB+256GB, 12GB+512GB, 16GB+512GB dan 16GB+1TB.

Tarikan utama telefon ini ialah sistem pengimejan yang dibangunkan bersama ARRI, syarikat kamera sinema dari Jerman. Ia tidak menggunakan sensor atau komponen kamera ARRI. Sebaliknya, HONOR menyepadukan elemen ARRI Image Science seperti ARRI LogC3, ARRI Wide Gamut 3 dan ARRI Looks ke dalam aliran kerja foto serta video telefon tersebut.

Bagi versi China, Magic9 Pro Max dilengkapi dua kamera belakang 200MP dan bateri 8,800mAh. Spesifikasi untuk pasaran global masih belum disahkan.

Telefon ini juga menandakan ulang tahun ke-10 siri Magic. Ia meninggalkan modul kamera bulat generasi sebelumnya dan beralih kepada identiti reka bentuk baharu.

HONOR mendakwa siri Magic9 menjadi siri flagship Android paling laris di China selepas dilancarkan. CEO HONOR, James Li, mengaitkan permintaan tersebut dengan sistem pengimejan dan prestasi bateri.

Selain FFM35, HONOR berkata kerjasamanya dengan FINAS akan diteruskan secara jangka panjang untuk menyokong industri kreatif dan perfileman tempatan. Lebih banyak perkembangan dijangka diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • UPSI Dan HONOR Malaysia Bakal Tubuh Makmal AI Dengan Tajaan RM400,000
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY