Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR Dedah “Robot Phone”, Konsep Baharu Gabung AI Dan Robotik Dalam Telefon Pintar

Posted on Oktober 16, 2025Oktober 16, 2025

Selepas pelancaran siri HONOR Magic8, syarikat itu turut memperkenalkan sesuatu yang lebih luar biasa — HONOR Robot Phone, konsep peranti baharu yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI), robotik dan reka bentuk mudah alih.

Diumumkan sebagai “spesies baharu peranti AI,” ia dijangka diperkenalkan sepenuhnya di Mobile World Congress (MWC) di Barcelona pada Mac tahun depan.

Menurut HONOR, Robot Phone direka untuk mengintegrasikan AI multi-modal, fungsi robotik dan keupayaan pengimejan lanjutan. Dalam video acah yang dikongsi, peranti ini tampil seperti watak filem sains fiksyen dengan kamera bermotor berasaskan gimbal yang boleh berpusing, mencondong dan “bertindak balas” terhadap persekitaran seolah-olah ia hidup.

Kamera tersebut mampu bergerak bebas bagi menangkap imej dari pelbagai sudut, malah boleh “melihat sekeliling” apabila telefon diletakkan menghadap ke bawah.

HONOR menggambarkan Robot Phone sebagai “teman emosi” yang mampu menyesuaikan diri dan berkembang secara autonomi, menjadikan interaksi antara manusia dan AI lebih semula jadi serta berperasaan.

Peranti ini dikatakan juga akan menampilkan pelbagai ciri AI yang interaktif, dengan pendekatan menjadikan pembantu digital lebih ekspresif dan mudah didekati.

Buat masa ini, Robot Phone masih di peringkat konsep CGI tanpa prototaip fizikal atau maklumat spesifikasi. Mungkin kita perlu tunggu pada MWC tahun hadapan yang mungkin HONOR akan berkongsi maklumat lebih lanjut berkaitannya.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress