Sesuai dengan penamaan 'PRO'nya, ini merupakan variasi yang sedikit lebih berkuasa dengan HONOR 9X biasa. Yang pertamanya, HONOR 9X Pro menggunakan cip Kirin 810 7nm berbanding Kirin 710f pada HONOR 9x. Untuk GPU pula peranti dikuasakan oleh Mali-G52 berbanding Mali-G51 pada 9X.

Dari segi memori, terdapat satu varian sahaja iaitu 6GB/256GB yang turut menyokong penambahan kad microSD sehingga 512GB. Ia juga turut menyokong storan berasaskan UFS2.1. Ini sekaligus menjadikan HONOR 9X Pro sebagai telefon pintar pertengahan yang mempunyai storan berkapasiti besar dalam pasaran tempatan.
Rekaan peranti adalah hampir sama dengan HONOR 9X yang menawarkan rekaan Dynamic X pada panel bahagian belakang. Skrin juga masih sama dengan 6.59 inci FullView Display dengan resolusi FHD+ jenis LCD. Nisbah skrin ke badan peranti adalah 91% dengan ketumpatan pixel 391 PPI.

Tidak seperti model 9X biasa yang mempunyai imbasan cap jari di belakang, versi Pro menampilkan ciri biometrik itu pada butang kuasa yang diletakkan dibahagian sisi kanan.
Skrin tidak mempunyai sebarang takuk kerana kamera swafoto dimuatkan melalui sistem terangkat. Ia bersaiz 16MP dengan aperture f/2.2. Kamera swafoto juga menyokong rakaman video sehingga 1080p 30fps.

Untuk kamera belakang juga sama dengan 9X iaitu 3 lensa dengan 48MP (f/1.9) utama + 8MP (f/2.4) sudut lebar + 2MP (f/2.4) depth. Rakaman video pula adalah maksimum pada 1080p 60fps sahaja.

Peranti menjalankan perisian EMUI 9.1 yang berasaskan Android 9. Untuk yang bertanyakan servis Google, HONOR 9X Pro merupakan peranti dengan Huawei Mobile Services (HMS), jadi tiada aplikasi Google dan servis berkaitan di dalamnya. Sebaliknya, ia dimuatkan dengan AppGallery Huawei tersendiri.
Bateri peranti pula adalah pada kapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 10W sahaja melalui kabel USB-Type C. Fungsi lain peranti termasuklah Bluetooth 5, GPU Turbo 3.0 dan Liquid Cooling untuk meningkatkan prestasi permainan.

Menariknya HONOR menjual peranti ini dengan harga jualan yang sama dengan HONOR 9X iaitu RM999. Terdapat satu sahaja pilihan warna iaitu Phantom Purple. Tarikh penjualan peranti adalah bermula 17 April 2020 di HONOR Experience Store serata Malaysia. Selagi stok masih terhad, anda boleh mendapatkan jam pintar HONOR Band 5i jika membeli peranti tersebut.
Berkaitan
- POCO M3 Akan Hadir Ke Malaysia 27 November Ini - Promosi Khas Harga RM499/RM599 Dan Fon Telinga Percuma
- Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO - Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan
- vivo V20 Dan V20 Pro Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia 20 Oktober 2020
- Telefon HONOR Dijangka Bakal Kembali Dengan Akses Google Tidak Lama Lagi
- OnePlus 7T Pro Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM3,399
- Pemprosesan Grafik Xe Intel Tiger Lake Dikatakan Menyamai Prestasi Nvidia MX350
- Sony Umum Projek Dron Airpeak, Bakal Diperkenalkan Secara Rasmi Tahun Hadapan
- Sony Memperlihatkan Dron Airpeak Yang Dipasang Kamera Sony Alpha Untuk Golongan Professional
- Apple A14 Diumumkan - Cip Pemprosesan Binaan 5nm Paling Berkuasa Dari Apple
- OnePlus 9 Pro Akan Guna Rekaan Sama Seperti OnePlus 8T Dengan Penambahan Skrin Lengkung