Tunda Punya Tunda, Akhirnya HONOR 9X Pro Akan Dilancarkan Pada 7 April Ini

HONOR Malaysia baru sahaja mengumumkan mengenai pelancaran barisan produk Intelligent Lifestyle yang akan diadakan pada 7 April ini. Produk tersebut terdiri dari tiga peranti iaitu HONOR 9X Pro, HONOR MagicBook dan HONOR MagicWatch 2 42mm edisi Sakura Gold.

Pelancaran ini akan dilakukan secara atas talian jam 12 tengah hari menerusi saluran Youtube dan Facebook HONOR Malaysia.

honor

HONOR 9X Pro dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 810 dan skrin yang bersaiz 6.59 inci. Ia dilengkapi dengan 6GB RAM memori dan 256GB storan penyimpanan. Selain itu, telefon pintar ini mempunyai tri-kamera belakang yang terdiri daripada 48MP+8MP+2MP serta kamera selfie pop-up.

honor

HONOR MagicBook dijana dengan cip pemprosesan empat teras AMD Ryzen 5 3500U. Ia juga didatangkan dengan RAM 8GB DDR4 serta storan SSD 512GB. Peranti ini mempunyai paparan IPS LCD saiz 14 inci dengan resolusi 1920 x 1080. MagicBook ini turut dilengkapi dengan kapasiti bateri 57.4W dan pengecasan pantas 65W.

Tambahan lagi, HONOR Malaysia juga akan memperkenalkan MagicWatch 2 42mm edisi Sakura Gold. Ia didatangkan dengan skrin 1.2 inci AMOLED, mikrofon dan pembesar suara terbina, storan dalaman 4GB serta kalis air 50m.

Berkaitan