Honor 9 Lite Mungkin Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Dilancarkan di China pada bulan Disember tahun sudah, Honor 9 Lite yang mempunyai 4 lensa kamera ini dikatakan bakal muncul pada pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Ini adalah berikutan dari terpaparnya model terbabit pada pengkalan data SIRIM yang didaftarkan dibawah syarikat Huawei Malaysia menggunakan nama ko LLD-L21.

Kelihatan mirip seperti model Huawei Nova 2i dan Honor 7X, peranti ini menampilkan skrin paparan berukuran 5.65 inci HD penuh dengan resolusi 2160 x 1080 FullView Display juga bernisbah 18:9.



Bagi tetapan kamera, ia dilengkapi dengan dwi kamera dibahagian hadapan dan belakang yang masing-masing menggabungkan lensa 13MP dan 2MP.

Honor 9 Lite bakal dipacu oleh cip pemprosesan Kirin 659, RAM 3GB atau 4GB, dan ruang storan 32GB atau 64GB. Ia juga mempunyai sokongan memori tambahan melalui kad MikroSD sehingga 256GB.

Menjalankan sistem operasi Android Oreo bersama antaramuka terbaru EMUI, Honor 9 Lite dijana dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan teknologi pengecasan pantas SuperCharge.

Tiadak maklumat terperinci bila penawaran untuk pasaran tempatan akan dibuat dan untuk itu, mari sama-sama kita nantikan pengumuman dari Huawei Malaysia.

Sumber: Lowyat.net