Honor 8X ini merupakan model ke-enam dalam siri Honor-X selepas bermula dengan Honor 3X dahulu. Keluaran kali ini didatangkan dengan cip pemprosesan Kirin 710 dengan sokongan memori sehingga 4GB RAM dan ruang simpanan dalaman sebesar 128GB. Ia turut menyokong fungsi kad mikroSD sehingga 400GB.
Dari segi paparan pula, Honor 8X menggunakan skrin jenis LTPS LCD FHD+ bersaiz 6.5-inci dengan nisbah aspek 19.5:9. Di sini juga terletaknya keistimewaan telefon ini, yang mana ia mempunyai nisbah skrin pada peranti sehingga 91%.
Tambahan pula, Honor 8X adalah merupakan telefon pintar pertama yang menerima pensijilan TÜV Rheinland sebagai peranti yang mempunyai paparan dengan cahaya biru rendah(low-blue light). Pengiktirafan ini membuktikan peranti ini lebih selamat untuk digunakan walaupun dalam tempoh yang lama.
Walaupun menggunakan sistem operasi EMUI 8.2 berlandaskan Android 8.1 Oreo, pihak Honor mengesahkan bahawa ia bakal menerima kemaskini EMUI 9 di masa akan datang. Mengenai baterinya pula, Honor 8X ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,750mAh. Menurut Honor, peranti ini mengambil masa 150 minit untuk dicas penuh menggunakan alat pengecasan asal yang disediakan.
Manakala bagi spesifikasi kameranya pula, Honor 8X dilengkapi dengan dwi-kamera utama, 20MP f/1.8 + 2MP serta kamera swafoto dengan lensa tunggal 16MP dengan bukaan aperture f/2.0. Ia turut dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan(AI).
Selain kamera, Honor 8X ini juga mempunyai dua tona warna pada panel belakangnya. Menariknya, kamera peranti ini juga mempunyai beberapa ciri premium seperti Super Slow-Motion, AI Backlight Portrait serta penstabilan imej berkuasa AI(AIS), teknologi penstabilan imej baru yang dibangunkan oleh pihak Honor.
Honor Malaysia telah membawa masuk tiga variasi warna untuk peranti ini iaitu hitam dan biru. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, peranti ini boleh didapati pada harga RM 949. Honor Band 3 turut diperkenalkan pada majlis yang sama dan akan ditawarkan pada harga RM 119.
Bagi menarik minat pembeli, Honor mengadakan Online First Sales di laman Shopee pada 12 Oktober ini. Mereka yang mendapatkan Honor 8X pada jualan berkenaan akan menerima pelbagai hadiah menarik termasuklah Honor Band 3 secara percuma. Perkara yang sama turut ditawarkan kepada pembeli di roadshow Honor 8X yang akan diadakan di MyTown Shopping Centre, KL pada 13 dan 14 Oktober ini.
Berkaitan
- Google Bakal Perkenalkan Edisi Ringan Bagi Android Pie Musim Luruh Ini
- Honor Magic 2 - Mungkin Muncul Sebagai Peranti Kedua Dengan Cip Kirin 980 Bulan Ini
- 5 Sebab Kenapa Perlu Beli Honor 8X
- Facebook Memperkenalkan Messenger Lite Untuk Pengguna Android
- Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Akhirnya Tiba Untuk Sony Xperia C5 Ultra
- Vevo Mahu Tamatkan Servis Aplikasi Android dan iOS, Mahu Lebih Fokus Kepada Empayar Youtube
- Honor 8X Dijangka Bakal Tiba Di Malaysia 9 Oktober Ini
- Android Q Ada Ciri Kesan Kemalangan Kenderaan, Diuji Pada Google Pixel
- Honor 10 Lite Dilancarkan Secara Rasmi, Dikuasakan Dengan GPU Turbo 2.0
- Tiga Peranti Honor Dijangka Terima Kemaskini Android Pie Dalam Bulan Ini