Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor 10 View Warna Merah Akan Dilancarkan Februari Ini

Honor 10 View Warna Merah Akan Dilancarkan Februari Ini

Diterbitkan Januari 30, 2018 oleh Helmi Samsuri

Honor View 10 diperkenalkan untuk pasaran dalam negara pada 12 Disember tahun lalu, dan pra-tempahnya pula berlangsung pada beberapa minggu sudah.

Bakal menambah satu variasi warna yang baru, Honor Malaysia mengumumkan kehadiran warna Crush Red untuk pembeli tempatan.

Honor 10 View Warna Merah Akan Dilancarkan Februari Ini

Diawal pengenalannya dipasaran dalam negara, ia ditawarkan dengan dua warna, Hitam dan juga Biru.

Difahamkan, Honor View 10 warna merah dijadualkan muncul dipasaran pada bulan Februari ini, dan ia dilihat bertepatan dengan musim perayaan Tahun Baru Cina serta Hari Kekasih yang cukup sinonim dengan warna tersebut.

Honor 10 View Warna Merah Akan Dilancarkan Februari Ini

Dijual pada harga RM2099, peranti berkenaan membawakan beberapa spesifikasi menarik seperti dibawah.

  • skrin berukuran 6 inci beresolusi 1080 x 2060 bernisbah 18:9
  • RAM 6GB
  • ruang simpanan dalaman sebesar 128GB
  •  Kirin 970 dengan sokongan ciri AI
  • Dwi kamera utama belakang  20MP dan 16MP
  • Kamera selfie 13MP
  • Bateri 3750mAh

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY