Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remake Nokia XpressMusic

HMD Global Hidupkan Kembali Nokia 5310 XpressMusic

Diterbitkan Mac 20, 2020 oleh Amalina Athman

Mengikuti jejak langkah Nokia 3310 yang diperbaharui pada tahun 2017, HMD Global kini menghasilkan kembali XpressMusic 5310, peranti pada tahun 2007 dengan nama Nokia 5310 untuk tahun 2020.

Nokia 5310 mempunyai tiga butang fizikal playback di bahagian sisi kanan dan dua butang pelaras kelantangan audio di sebelah kiri. Butang playback tersebut termasuk mainkan atau hentikan, melangkau ke hadapan dan kebelakang.

Screenshot (394)

Antara fungsi lain termasuk bicu audio 3.5mm dan slot kad mikroSD yang menyokong 32GB storan tambahan. Seperti telefon XpressMusic terdahulu, peranti ini mempunyai FM radio secara terbina dan boleh memainkan format MP3.

Nokia 5310 2020 tampil dengan paparan QVGA bersaiz 2.4 inci dengan papan kekunci fizikal T9, 5 navigasi, butang untuk menjawab dan menghentikan panggilan serta butang arahan. Peranti ini dijana cip MT6260A MediaTek dan menjalankan sistem operasi Firefox OS.

Selain itu, ia mempunyai 8MB RAM dan storan dalaman 16MB serta bateri boleh tanggal dengan saiz 1200mAh. Nokia 5310 ditawarkan dengan dua varian warna iaitu putih dan hitam pada harga 39 euro (~RM184). Dengan harga yang lebih murah, ia sudah pasti menarik perhatian pengguna peranti ini suatu ketika dulu untuk mendapatkan kembali XpressMusic versi baru ini.

Sumber: Nokia 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY