Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nokia 800 tough

HMD Dilapor Akan Hidupkan Semula Nokia 800 Tough Dengan USB-C Dan KaiOS 3.1

Diterbitkan Oktober 8, 2025 · Dikemas kini Oktober 8, 2025 oleh Amsyar Latif

Selepas enam tahun, HMD dilaporkan bakal membawa kembali Nokia 800 Tough, telefon dengan papan kekunci lasak yang pernah dilancarkan pada tahun 2019. Model baharu ini dikatakan mengekalkan rekaan asal, tetapi hadir dengan beberapa penambahbaikan penting yang lebih sesuai dengan keperluan pengguna masa kini.

Menurut maklumat yang dikongsi oleh pengguna X (Twitter) @smashx_60, peranti ini akan dikenali sebagai Nokia 800 Tough (2nd Gen).

Walaupun nama rasminya masih belum disahkan. Berdasarkan butiran yang didedahkan, peningkatan utama melibatkan penggunaan port USB-C menggantikan MicroUSB lama serta kemas kini sistem operasi kepada KaiOS 3.1.

Reka bentuknya dilapor hampir sama seperti versi terdahulu, dengan badan tebal dan tahan hentakan, lengkap dengan penarafan IP68 untuk kalis air dan habuk serta pensijilan ketahanan MIL-STD-810G. HMD turut menambah logo syarikatnya di belakang telefon, disebelah jenama Nokia, menandakan kolaborasi berterusan antara kedua-dua entiti itu.

Spesifikasi penuh belum diketahui lagi, namun ramai menjangkakan peranti ini masih mengekalkan konsep telefon tahan lasak yang sesuai untuk yang mahukan telefon kedua tahan lasak dan bateri tahan lama.

Model asal Nokia 800 Tough dijual pada harga sekitar €110 (lebih kurang RM539) ketika dilancarkan, jadi harga model baharu ini dijangka berada dalam julat yang sama.

Jika laporan ini tepat, HMD nampaknya tidak cuba mengubah formula yang berjaya. Sebaliknya menambah baik apa yang sudah berkesan, menjadikan Nokia 800 Tough versi baharu ini pilihan menarik bagi mereka yang mementingkan ketahanan berbanding kecanggihan.

Berkaitan

  • (Ulasan) HMD Skyline - Mengimbau Kenangan Nokia Lumia
  • (Ulasan) HMD Fusion - Harga Tidak Kena Dengan Apa Yang Ditawarkan
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY