Sebelum ini saya telah membuat ulasan berkenaan peranti HMD skyline, kini kami telah menerima sebuah peranti HMD kelas permulaan premium iaitu HMD Fusion. Peranti ini dijual pada harga RM1,199, menawarkan reka bentuk modular yang unik dan praktikal.
Dengan cipset Snapdragon 4 Gen 2, telefon ini dilengkapi skrin 6.4 inci IPS LCD dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz, yang mungkin kurang memuaskan bagi mereka yang mencari pengalaman visual lebih lancar. Dari segi kamera, HMD Fusion menampilkan kamera utama 108 MP dan kamera selfie 50 MP.
____
[specs]
Cip: Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2 (4nm)
Paparan: 6.56 inci IPS LCD, 90Hz, 600 nits puncak kecerahan
OS: Android 14 (2 naik taraf Android)
Kamera belakang: 108 MP (lebar), 2 MP (kedalaman)
Kamera hadapan: 50 MP
Bateri: 5000mAh, boleh diganti pengguna, pengecasan 33W berwayar
[/specs]
Reka Bentuk
Dari segi rekaan luaran ia kelihatan lebih kurang dengan HMD Skyline tetapi kali ini ia menggunakan reka bentuk modular yang mudah dibaiki dan menggunakan alat aksesori.
Sebenarnya saya tidak suka untuk mengatakannya, tapi bagi saya rekaan modular yang diterapkan dalam peranti ini sangat kurang berguna kerana bateri yang dikatakan mudah untuk untuk di baiki sendiri ini perlu mengeluarakan skru yang terdapat pada peranti ini, bagi saya ia merupakan proses yang renyah dan melambatkan berbading peranti yang menggunakan gam untuk melekatkan panel belakang.
Peranti ini juga tidak mempunyai panel belakang, anda perlu sentiasa memakai sarung telefon bagi mengelakan bahagian belakang peranti ini terkena habuk, air mahupun calar.
Peranti ini menampilkan paparan bersaiz 6.56 inci dengan resolusi 164.2 x 75.5 x 8.3 piksel, kadar segar semula adaptif 90Hz, dan kecerahan puncak 600 nits. Berdasarkan penggunan harian saya skrin ini sangatlah gelap terutamanya ketika terkena pantulan cahaya matahari.
Prestasi
Setelah melihat rekaannya, kita beralih pada bahagian kamera pula, secara dasarnya kualiti kamera yang diberikan biasa sahaja dan jika dibandingkan dengan peranti kelas permulaan yang lain. Gambar yang diambil pada waktu malam serta zum tinggi menghasilkan hasil kurang tajam dan penuh dengan hingar.
Peranti ini tampil dengan kamera 108MP sebagai kamera utama dengan 20x kali zum. Setelah saya sendiri mencubanya, kualiti imej yang diberikan tidak seperti yang saya harapkan. Manakala apabila dizum secara maksimum, hasil yang diterima sangat tidak jelas dan kelabu.
Kamera swafoto 50MP pada HMD Fusion juga tidak menawarkan prestasi yang mengagumkan, terutamanya dalam telefon bajet pada harga ini.
Namun, ia masih dilengkapi dengan ciri menarik yang ada pada HMD Skyline di mana ia membolehkan pengambilan gambar hanya dengan isyarat tanda ‘peace’. Apabila jari diletakkan di hadapan muka, pemasa akan bermula secara automatik, memudahkan pengambilan swafoto tanpa perlu menekan butang.
Kelebihan lain yang terdapat pada telefon ini adalah rekaan modular yang membolehkan pengguna menukar outfit telefon untuk fungsi tambahan seperti gaming, rugged, atau flashy.
Bateri 5,000 mAh yang boleh dicabut juga menjadi ciri menarik, memberikan fleksibiliti yang jarang ditemui pada telefon moden pada era ini. Dengan sokongan pengecasan pantas 33W, ia mampu memberikan pengalaman pengecasan untuk pengguna yang memadai.
Selain daripada menukar bateri, telefon ini juga menyokong ciri baik pulih kendiri yang memudahkan pengguna untuk membaiki skrin, bateri, dan port pengecasan dengan mudah.
Jika anda pernah membaca ulasan mengenai HMD Skyline sebelum ini, saya menjangkakan Detox Mode akan tersedia pada semua perantinya. Namun, peranti ini tidak dilengkapi dengan ciri ini yang terdapat pada model sebelumnya.
Walaupun ia merupakan ciri yang paling minimalis tetapi dengan rekaan yang menyokong alat aksesori gaming, ciri tersebut seharusnya tersedia dalam peranti ini. Buat makluman, kami tidak menerima aksesori gaming tersebut, jadi, tidak dapat untuk mengujinya dalam ulasan ini.
Penanda aras
Berikut adalah beberapa skor perisian penanda aras yang kami gunakan untuk menguji kemampuan peranti, iaitu 3DMark Wild Life Extreme, Geekbench 6 dan AnTuTu. Hasilnya, kami mendapat skor seperti di bawah:
- 3DMark Wild Life Extreme – 673
- Geekbench 6 – 914 (teras tunggal), 2244 (multi teras)
- AnTuTu – 439,528
Kesimpulan
Secara keseluruhan, HMD Fusion adalah peranti yang membosankan, seperti saya katakan sebelum ini, walaupun ia menyediakan rekaan modular yang menyokong penggunaan permainan mudah alih (outfit) tetapi dengan cip pemproses Snapdragon 4 generasi kedua ini ia tidaklah begitu bagus untuk bermain permainan.
Dari segi kamera, HMD Fusion menawarkan kamera utama 108MP. Namun, ia dilihat masih menghasilkan gambar kurang memuaskan kecuali pada situasi yang kurang pencahayaan dan agak ketinggalan jika dibandingkan dengan pesaing lain dalam julat harga yang sama.
Secara keseluruhan, dengan spesifikasi dan harga yang ditawarkan, bagi saya ia tidak berbaloi. HMD Fusion dilihat hanya sesuai untuk pengguna yang menghargai reka bentuk unik, Android asli dan kemudahan untuk baik pulih. Ia kurang ideal untuk mereka yang mencari peranti dengan spesifikasi baik pada harga sekitar RM1000. Ini kerana, sudah banyak peranti pada julat harga ini memberikan kualiti yang lebih baik.
{suggest}