Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hideo Kojima

Hideo Kojima Bimbang Masa Depan Tanpa Pemilikan Game Fizikal

Diterbitkan Julai 7, 2026 oleh Amsyar Latif

Hideo Kojima, pencipta siri permainan Metal Gear dan Death Stranding, meluahkan kebimbangan mendalam terhadap penamatan pengeluaran cakera fizikal game PlayStation.

Bercakap di festival filem Il Cinema in Piazza di Rome, Kojima menyatakan beliau sedih dengan keputusan Sony menghentikan pengeluaran cakera fizikal pada 2028. Beliau yang membesar dengan media fizikal kini sedang membeli banyak Blu-ray dan CD untuk koleksi peribadi.

Kojima bezakan antara muat turun digital download (data masih ada di peranti) dengan penstriman (data disimpan di pelayan syarikat). Menurut beliau, dalam penstriman seperti Netflix atau Amazon, pengguna hanya ada “hak untuk buka paip” di mana data tidak dimiliki sepenuhnya.

Beliau risau syarikat boleh potong akses bila-bila masa atas sebab komersial atau politik. “Jika ada perubahan, kita tidak boleh lagi menonton filem atau main game yang kita suka. Ini menakutkan,” katanya.

Kojima juga bimbang perkara yang sama akan berlaku kepada industri filem. Kenyataan ini muncul ketika Sony semakin ke arah digital, termasuk kemas kini Terma PSN yang boleh menutup akaun tidak aktif selepas 3 tahun.

Kojima menasihatkan semua pihak untuk memikirkan implikasi jangka panjang kehilangan pemilikan sebenar dalam era digital.

Berkaitan

  • Hideo Kojima Bimbang Masa Depan Tanpa Pemilikan Game Fizikal
  • Calon Presiden Perancis Berang Sony Hentikan Produksi CD PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY