Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hideo kojima

Hideo Kojima Bimbang Masa Depan Tanpa Pemilikan Game Fizikal

Diterbitkan Julai 3, 2026 oleh Amsyar Latif

Hideo Kojima, pencipta terkenal Metal Gear dan Death Stranding, meluahkan kebimbangan mendalam terhadap trend industri game yang semakin beralih kepada format digital sepenuhnya.

Melalui ciapan lama yang beliau repost baru-baru ini, Kojima menyatakan bahawa suatu hari nanti, walaupun data digital, manusia tidak lagi memiliki kandungan yang mereka beli. Beliau takut akses kepada game, filem, buku dan muzik boleh dipotong secara tiba-tiba akibat perubahan politik, trend atau keputusan syarikat.

https://x.com/HIDEO_KOJIMA_EN/status/1423414153478168576?s=20

“Kita mungkin tidak boleh lagi mengakses secara bebas karya yang kita suka. Saya takut menjadi orang yang tiada apa-apa,” katanya.

Kenyataan ini relevan dengan keputusan Sony yang semakin mengurangkan pengeluaran cakera fizikal. Data tahun fiskal 2025 menunjukkan Sony menjual 248 juta permainan digital, berbanding hanya 70 juta cakera fizikal (kurang $1 bilion). Digital jauh lebih menguntungkan, tetapi Kojima ingatkan risiko jangka panjang — tiada pemilikan sebenar.

Ramai peminat bersetuju dengan Kojima kerana risau tentang masa depan di mana permainan boleh hilang dari akaun atau platform. Walaupun digital menawarkan kemudahan, ia bergantung sepenuhnya kepada syarikat dan lesen yang boleh berubah.

Kojima, yang terkenal dengan cerita mendalam tentang kawalan dan kebebasan, sekali lagi mengingatkan industri untuk tidak lupakan nilai pemilikan fizikal.

Berkaitan

  • Sony Tamatkan Pengeluaran Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu PlayStation Mulai Januari 2028
  • Xbox Sedang Uji Ciri Tukar Game Fizikal Ke Versi Digital
  • Data FY2025 Tunjuk Jualan Digital Game Sony Lebih Menguntungkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY