Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PlayStation featured_

Akaun PSN Tidak Aktif 3 Tahun Boleh Ditutup

Diterbitkan Julai 6, 2026 oleh Amsyar Latif

Sony telah mengemas kini Terma Perkhidmatan PlayStation Network (PSN) pada April 2026 yang menyatakan akaun yang tidak aktif selama 36 bulan (3 tahun) boleh ditutup.

Berdasarkan Seksyen berkaitan, Sony akan menghantar email notifikasi kepada pemilik akaun. Pengguna diberi tempoh 6 bulan untuk log masuk atau meminta akaun kekal aktif. Jika tiada tindakan diambil, akaun akan ditutup secara kekal dan semua kandungan digital (game, DLC, save data, dll) tidak boleh diakses lagi.

psn akaun

Perkara ini amat membimbangkan peminat yang mempertahankan game fizikal. Walaupun cakera fizikal masih ada, akses kepada update, DLC dan ciri online bergantung kepada akaun PSN. Jika akaun ditutup, banyak kandungan boleh hilang.

Langkah Sony ini dilihat sebagai usaha mengurus akaun tidak aktif, tetapi ramai pengguna mengkritiknya kerana boleh menjejaskan pemilikan digital yang mereka bayar.

Bukan itu sahaja, ini sekali gus menambah lagi kontroversi di sekitar polisi Sony yang semakin beralih ke arah digital, terutamanya selepas mereka akan menghentikan pengeluaran cakera fizikal untuk permainan baharu bermula 2028.

Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan untuk log masuk secara berkala atau aktifkan akaun mereka bagi mengelakkan sebarang risiko penutupan akaun.

Berkaitan

  • Sony Tamatkan Pengeluaran Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu PlayStation Mulai Januari 2028
  • Data FY2025 Tunjuk Jualan Digital Game Sony Lebih Menguntungkan
  • Sony Dilapor Sudah Lama Rancang Tinggalkan Cakera PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY