Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hati-hati Semasa Memuat Turun Aplikasi Di Peranti Telefon Pintar Anda

Hati-hati Semasa Memuat Turun Aplikasi Di Peranti Telefon Pintar Anda

Diterbitkan November 3, 2017 ยท Dikemas kini November 4, 2017 oleh Wiser MY

Terdapat ribuan aplikasi yang boleh didapati di Play Store untuk sistem operasi Android dan AppStore untuk iOS. Disebabkan itu terdapat ancaman yang boleh berlaku dari segi aplikasi palsu yang mungkin boleh membocorkan maklumat rahsia anda lebih-lebih lagi jika melibatkan aplikasi yang popular.

Salah satu contoh yang terdekat adalah aplikasi WhatsApp. Jika anda menaip WhatsApp dalam Google Play Store, terdapat beberapa aplikasi yang mencurigakan bernama ‘Update WhatsApp’ dengan menggunakan nama pembangun WhatsApp Inc.

Hati-hati Semasa Memuat Turun Aplikasi Di Peranti Telefon Pintar Anda

Ada aplikasi tersebut sudah mencecah 1 juta muat turun dan boleh mengelirukan orang ramai yang mungkin tidak sedar sudah memuat turun aplikasi palsu ini.

Hati-hati Semasa Memuat Turun Aplikasi Di Peranti Telefon Pintar Anda

Cara yang paling cepat dan mudah adalah dengan melihat ruangan komen untuk sesebuah aplikasi tersebut dan melihat komen-komen negatif yang ada di situ. Komen-komen negatif ini sedikit sebanyak boleh memberi sedikit maklumat mengenai kandungan aplikasi tersebut.

Hati-hati Semasa Memuat Turun Aplikasi Di Peranti Telefon Pintar Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY