Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tetapkan Avatar Sebagai Gambar Profil Dan ‘Sticker’

Hati-Hati Dengan Panggilan Telefon Menyamar Sebagai Pegawai Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Diterbitkan Disember 7, 2022 ยท Dikemas kini Disember 7, 2022 oleh Amalina Athman

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan panggilan oleh individu yang tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai JPDP dan mendakwa orang yang dihubungi telah melakukan kesalahan.

Berkaitan

  • Isu 'Scam' Berleluasa, Bank Negara Keluarkan 5 Arahan Pada Semua Bank
  • Bajet 2023: Kerajaan Tubuh Pusat Respons Scam Kebangsaan Untuk Tangani Penipuan Dalam Talian
  • Pastikan Ada 4 Butiran Maklumat Ini Jika Anda Mangsa Scam

JPDP turut menegaskan pihaknya tidak akan membuat panggilan dengan menggunakan nombor telefon bimbit persendirian bagi tujuan dakwaan, ancaman atau salah laku terhadap mana-mana orang awam.

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tetapkan Avatar Sebagai Gambar Profil Dan ‘Sticker’

Secara lazimnya, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan JPDP akan dilakukan melalui saluran rasmi seperti e-mel, laman web dan platform media sosial JPDP, dan bukannya menggunakan nombor telefon persendirian.

Sehubungan itu, jika menerima panggilan scam tersebut, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah seperti tidak memberikan data peribadi termasuk maklumat perbankan, tidak klik atau akses mana-mana pautan yang dihantar pemanggil dan melakukan semakan terhadap e-mel atau mesej yang diterima dengan pihak JPDP.

Pengguna juga boleh melaporkan panggilan scam berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

Sumber: JPDP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY