Bakal melepasi Linux akhir 2020 nanti.
Huawei menyatakan keyakinan terhadap sistem operasi yang dibangunkan mereka iaitu Harmony OS bakal menjadi sistem operasi kelima terbesar di dunia dalam tahun 2020 nanti.
Ia dinyatakan sendiri oleh Naib Presiden Kanan Huawei, Joy Tan dalam satu temu ramah baru-baru ini. Malah beliau turut yakin Harmony OS akan mampu mengatasi kedudukan Linux menjelang akhir 2020 nanti.
"We released a few months ago the Harmony OS. As the firm Counterpoint Research reveals in their report, the Harmony operating system should become more popular than Linux by the end of 2020. Thus becoming the fifth largest operating system for digital devices”.
Huawei sebelum ini mendakwa, Harmony OS menjanjikan peningkatan prestasi sistem operasi sehingga 40% berbanding sistem Android yang digunakan pada peranti pintar ketika ini.
Harmony OS telah pun diumumkan secara rasmi pada bulan Ogos lalu yang merupakan sistem operasi pertama berasaskan mikro-kernel dan tersedia untuk digunakan pada pelbagai peranti.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Microsoft Sahkan Isu Pengaktifan Sistem Operasi Windows
- Selepas 14 Tahun, Intel Bersedia Gugurkan Cip Pemprosesan Siri 'Core i'
- Samsung Dedah Sedikit Butiran Exynos 2400 Yang Akan Saingi Cip Apple M2
- Maxis Pilih Nokia Untuk Bina Sebahagian Ekosistem Teras 5G
- Bos Kripto Thodex Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 11 Ribu Tahun
- Microsoft Dinobatkan Sebagai Syarikat Paling Terurus 2023
- Microsoft Defender Windows 10 Kini Dilengkapi Pengimbas Serangan Firmware
- Anda Digesa Semak Dan Buang Segera 203 Aplikasi Android Dan iOS Ini Dari Peranti
- iOS 15, iPadOS 15, watchOS 8 Dan tvOS 15 Akan Ditawarkan Pada 20 September Ini
- Asia Semakin Panas, Ekosistem Dunia Bakal Terkesan - WMO