Zeekr Malaysia kini mengumumkan harga rasmi bagi Zeekr 009 Executive, sebuah MPV elektrik mewah dengan jarak pemanduan sehingga 604km (WLTP). Model ini akan dijual pada harga RM299,800 (atas jalan, tanpa insurans) di mana ia lebih rendah daripada harga pengenalan RM310,000 ketika diumumkan pada Mei lalu.
Untuk memberikan pengalaman pemilikan lebih lancar, setiap pembelian Zeekr 009 Executive hadir dengan:
- Waranti kenderaan 5 tahun / 150,000km
- Waranti bateri 8 tahun / 160,000km
- 1 tahun perkhidmatan sambungan percuma (aplikasi, navigasi, kemas kini OTA)
- Pakej percuma termasuk pengecas wallbox 11kW, pengecas mudah alih, dan solar tinting.
Dari segi spesifikasi, varian Executive ini menggunakan konfigurasi pacuan roda hadapan dengan motor tunggal, menawarkan kombinasi jarak pemanduan panjang, keselesaan kabin “lounge-inspired” serta sistem hiburan imersif, menjadikannya pesaing utama dalam segmen MPV elektrik mewah.

Pelancaran harga rasmi ini bersempena dengan pembukaan Zeekr Center KLCC, iaitu bilik pameran baharu jenama itu di dalam kawasan segitiga emas Kuala Lumpur.

Showroom seluas 4,800 kaki persegi ini boleh mempamerkan hingga lima kenderaan, dilengkapi tiga pengecas AC, serta rekaan moden dengan dinding kaca penuh dan sentuhan aksen jingga ikonik Zeekr.
Dengan harga lebih kompetitif, pakej menarik, serta bilik pameran baharu di lokasi strategik, Zeekr jelas mahu mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran EV premium Malaysia.
{suggest}




