PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini menyediakan 112 poin Pengecas Kenderaan Elektrik (EV) di sepanjang lebuh raya kendaliannya, termasuk Lebuhraya Pantai timur 2 (LPT2).
Jumlah itu melepasi sasaran awal PLUS iaitu 100 poin pengecas menjelang akhir tahun ini. Semua kemudahan itu ditempatkan secara strategik di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah serta stesen minyak terpilih.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, berkata inisiatif itu sejajar dengan Pelan Hala Tuju Hijau PLUS 2.0, selain menyokong sasaran 1,000 poin pengecas pantas menjelang 2025 di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (2021-2030).
Sebahagian lokasi turut dilengkapi dengan bumbung panel solar serta Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS).
PLUS juga merancang untuk membuka Hab EV Lebuhraya pertama di Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) oleh Terra ChargEV, iaitu usaha sama antara Terra PLUS Sdn Bhd dan Green EV Charge. Hab ini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2027.
Selain itu, projek perintis “Charge and Chill” yang menggabungkan pengecasan EV dengan kemudahan makanan dan minuman (F&B) akan diperkenalkan di beberapa plaza tol terpilih pada tahun ini.
Ketua Pegawai Komersial PLUS, Mohd Fauzi Puniran, berkata semua poin pengecas yang dipasang adalah jenis pengecas pantas arus terus (DCFC) dengan kuasa output di antara 47 kW hingga 200 kW, membolehkan kenderaan mencapai tahap pengecasan sehingga 80% dalam masa antara 15 hingga 30 minit.
Senarai lokasi & bilangan poin pengecas EV
Setakat ini, PLUS telah menyediakan sebanyak 112 poin pengecas EV dengan kerjasama pelbagai operator. Antaranya termasuk Gentari (48), EVC (10), TNB Electron (16), chargEV (12), Shell Recharge (20), Charge+ (2) dan Tesla (4).
Bagi rujukan pengguna, berikut ialah senarai penuh lokasi berserta bilangan poin pengecas EV di sepanjang lebuh raya PLUS dan LPT2.
{suggest}
Sumber: PLUS Malaysia