Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DDR5 Gigabyte

Gigabyte Lancar Memori AORUS DDR5 5200MHz 32GB

Diterbitkan Oktober 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Bersempena kehadiran cip pemproses Intel Gen-12 Alder Lake, Gigabyte turut mengumumkan memori AORUS DDR5 5200MHz 32GB. Dengan pengenalan RAM tersebut, ia bakal menyokong papan induk Gigabyte Z690 yang juga baru sahaja dilancarkan.

Dari segi spesifikasi, memori tersebut hadir dengan 2x16GB RAM dengan sokongan Dual Channel, latency 40-40-40-80, profail XMP 3.0 dan voltan 1.25V.

Screenshot 2021-10-28 at 10.41.37 AM

Selain itu, ia turut menawarkan prestasi lebih stabil dan peningkatan prestasi dalam overclocking. Tambahan lagi, memori ini tidak menawarkan pencahayaan RGB tetapi dari segi haba, ia dilengkapi tembaga-aluminium yang disaluti nano-karbon di mana membantu dalam mengurangkan haba ketika digunakan.

Pun begitu, Gigabyte tidak mengumumkan harga rasmi buat pasaran tempatan. Namun, ia akan tersedia di Malaysia pada penghujung Disember tahun ini.

Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte

Baca juga:

  • GIGABYTE Lancar AMD Radeon RX 6600 EAGLE 8G

  • Gigabyte Melancarkan Kad Grafik Siri AMD Radeon RX 6600 XT

  • GIGABYTE Melancarkan Unit Pembekal Kuasa Yang Dilengkapi Skrin LCD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY